Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Semalam tetiba rasa macam perlu entertainment di waktu malam. Boring asyik tengo TV je, saje la ajak kawan2 pergi tengok movie cerita Melayu. Yelah, siapa lagi nak support industri perfileman tempatan kalau bukan kita rakyat Malaysia.
So, untuk sesiapa yang tercari-cari sinopsis wayang cerita Love, Supermoon, meh nanie share sinopsis ye. So, sebelum nak tengo cerita ni kena tahu dulu apa tu supermoon.
Apa itu SUPERMOON
TAJUK : LOVE, SUPERMOON
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015
Genre : Komedi / Romantik
Pelakon : Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri, Zain Saidin, Azhar Sulaiman,
Pengarah : Wan Hasliza
Terbitan : Grand Brilliance
*************************
SINOPSIS
Mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.
Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.
PENDAPAT PERIBADI UNTUK FILEM INI
Banyak elemen kekeluargaan dan percintaan
- Percayalah dengan qada' dan qadar - setiap kelakuan yang jahat seperti main kayu tiga atau 'playboy' pasti akan dapat
- Percayalah dengan jodoh ketentuan Allah - Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, kalau ada jodoh pasti bertemu jua.
- Jangan simpan perasaan - if you want somebody, please approach him / her. Maksudnya di sini, zaman sekarang ni dah takde perigi cari timba. Suka je terus cakap. hahaha
Secara kesimpulan, nanie nak share satu quote English yang nanie rasa patut kita jadikan sebagai panduan
Aci tak tunggu download aje... he he he...
ReplyDeleteaci aci aci.. tapi feel x sama tgk wayang. hheehehe
Delete