Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
Rata-rata sekarang viral dalam media sosial berkaitan Teh Tarik Madu Ais.
Sedap ke Teh ais madunya dan Nasi Kerabunya?
JOM KITA TERJAH.
MISI MENCARI MAKANAN VIRAL DI FACEBOOK.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TEH TARIK MADU AIS
Memang sedap, cuma kualiti air tak konsisten. Ada yang manis ada yang tawar. Buih dia pun banyak dah melimpah keluar dari cawan. Jadi agak messy untuk customer melihatnya. Tapi korang patut cuba rasa kemanisan madunya..
NASI KERABU NARATHIWAT
Alhamdulillah, bagi nanie lazat. Cuma apa yang boleh improve ialah nasi kerabunya agak kering, biasa rasa cam basah sikit sebab kuantiti yang diberi untuk budu dan ulamnya tak sekata. Tapi ayam bakar dia memang sedap bila dimakan bersama nasinya
Bagi yang tak biasa makan nasi kerabu, tak sure nak makan semua ni macam mana. So, cara paling mudah, wajib pakai tangan, bukan guna sudu dan garfu tau.
Apa yang perlu korang buat, gaul semua ulam, kerabu, keropok, budu,cili. Bila dah gaul rata semua dengan nasi, then makanlah macam biasa dengan telor masin dan juga lauk ayam/daging bakar. Sedapnyaaa.
OPsssss, Jangan lupa baca doa makan, mulakan dengan Bismillah.. kihkih
|
KAT MANA?
Kalau area KL / selangor, korang boleh terjah ke House of Nasi Kerabu
Prima Sri Gombak, Batu Caves
Lokasi :Lot G89, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves.
Waktu Operasi :Isnin - Ahad 11:00 pagi - 11:00 malam
No Tel :012-368 9782 / 03-6188 2426
Facebook :www.facebook.com/HouseofNasiKerabu
Kompleks PKNS, Shah Alam
Lokasi :Persiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi:Isnin - Ahad 9:00 pagi - 11:00 malam
No Tel :019-339 4000 / 03-5523 2834
Facebook :www.facebook.com/Honkshahalam
lazatnya...
ReplyDeleteyummy!! JOM cuba.
Deletedone follow #1197
ReplyDeleteterima kasih follow sy ye JM
Deletenasi kerabu tu..merembes...gaul semua sekali nyummy
ReplyDeleteyeeehhhaaaa. kena pandai gaul juga sebab kang terpedas termasin pulak. kekeke
Deletesedapnya teh ais!
ReplyDeleteyummy. teh ais. manis madu. elok utk kesihatan.
Delete