SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, January 6, 2016

REVIEW WAYANG HINDUSTAN : DILWALE 2015 (KAJOL DAN SHAH RUKH KHAN)

Assalamualaikum, selamat sejahtera..

5 BINTANG!!
5 BINTANG!!
5 BINTANG!!
Hahaha belum review lagi dah bagi bintang. Bagi nanie cerita dia SUPER BEST. Come back dari pelakon top Kuch Kuch Hota Hai. FYI, nanie tengok movie ni dua kali kat panggung.  Yang tak menahan, dua dua pergi, mesti FULLHOUSE. Ramai peminat SRK ngn Kajol rupanya.

********************
SINOPSIS RINGKAS
Arahan: Rohit Shetty
Lakon Layar: Yunus Sajawal
Dialog: Farhad & Sajid 
Muzik: Amar Mohile 
Pelakon: Shah Rukh Khan (Raj / Kali), Kriti Sanon (Ishita), Kajol (Meera Malik), Varun Dhawan (Veer), Kabir Bedi (Dev Malik), Boman Irani (King), Sanjay Mishra (Oscar Bhai)Johnny Lever (Money Bhai) Mukesh Tiwari (Shakti), Vinod Khanna (Randheer Bakshi) dan Varun Sharma (Sidhu) 
Produser: Gauri Khan 
Terbitan: Red Chillies Entertainment

Dilwale bukanlah sebuah filem yang secara totalnya bergenre romantik komedi. Mungkin, hal ini akan sedikit mengecewakan segelintir peminat Shah Rukh dan Kajol kerana fokus filem Dilwale ini sebenarnya bukanlah mengenai percintaan mereka berdua. 
Babak percintaan di antara Shah Rukh-Kajol hanya diselitkan kira-kira setengah jam selepas filem ini dimulakan dengan babak kereta drift oleh Varun Dhawan sebagai Veer iaitu adik kesayangan kepada Shah Rukh Khan (Raj / Kali). 

APA YANG MENARIK DALAM DILWALE         
1. filem aksi mengenai hubungan akrab dan kasih sayang di antara abang dan adik bertunjangkan gangster
2. Banyak peralatan kereta mewah yang memiliki babak-babak kereta drift ala The Fast & The Furious
3. Element emosi, romantik serta komedi. Macam2 ada. Yang paling best ada unsur kekeluargaan (Veer / Kaali) dan persahabatan (Veer / Ishita)

ADA 2 PALING MENARIK IALAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Penampilan Kajol yang memang menarik. Lagi tua lagi slim lagi hot mommy. Rasa nak menangis tengok body dia. haha

Pemandangan indah di Iceland untuk lagu tema Dilwale iaitu Janam Janam. Fuhhh ingatkan teknik editing rupanya betul-betul. Nanie siap tengok the Making Of Janam


KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Dilwale adalah sebuah filem yang mungkin dihasilkan untuk memenuhi citarasa ramai golongan .

P/S DILWALE harus ditonton kerana ianya merupakan keraian cinta. Bagaimana cinta boleh memaafkan hati yang berdendam.. Dan boleh melenyapkan segala permusuhan.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. bini wak nak tengok Dilwale sekali lagi., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie tgk 2 kali sbb best. Lagu janam tu memnag berhantu

      Delete
  2. Kajol mmg ada personal fitness dik nurul...akak stalker dia melalui website...dan dia akui mmg dia sgt teliti dah jaga berat badan dan diri...*nangistengokdirisendiri* hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak. aduyaiii patutlah badan dia slim melim. macam umur muda2 je. kena work out jugak dan jaga pemakanan ni kak.. uwaaa

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails