Assalamaualaikum. selamat sejahtera..
Maaf atas kelewatan update blog. Siapa yg follow Instagram nanie tahu la nanie ada pergi travel. Tapi sebab kekangan masa, nanie tak dapat nak update lebih kerap dalam blog.
DATE : 11 NOV 2017 (2D1N)
LOKASI : TADOM HILL RESORT
ALAMAT : Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor
TIPS DAN PANDUAN KE TADOM HILL RESORT
OPERATION HOUR :
Buka 8:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.
TAG GELANG TANGAN WAJIB PAKAI KETIKA DI TADOM HILL RESORT. |
- 2. Kalau korang yang datang sini, nak bermalam, lagi menarik. Sebab Resort yang bertema Eco-Pelancongan ini memberi korang pilihan sama ada nak bermalam di chalet yang di perbuat oleh buloh, ataupun didalam kemah. Bayangkan resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur dan tasik
3. Apa yang menarik di Tadom Hill Resort?
- Tadom Groove adalah aktiviti utama jika korang datang sini. Aktivitinya berendam dalam tasik yang biru kehijauan. Walaupun ianya sebuah tasik, air nya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda.
- Tadom Splash iaitu diving platform dan tali tarzan swing untuk korang nak terjun terus.
4. Apa fasiliti yang diberikan di Tadom Hill Resort?
- Fasiliti di sini memang terbaik. Mereka menyediakan kemudahan seperti Cafe, tandas yang bersih , pastu selepas berendam nak tukar pakaian pun disediakan bilik mandi. Untuk muslim, mereka juga ada sediakan surau
- Jaket keselamatan WAJIB pakai. Kenapa kena pakai jaket, sebab tasik ni agak dalam. So memang diwajibkan untuk pakai life jacket.
- Kat tasik ni juga disediakan Rakit buluh. FREE. Nak main rakit buluh ni pun kene amik cepat-cepat. Biasalah kalau dah pergi hari minggu memang ramai orang, semua berebut nak main rakit nih. haha
- Tadom Trrehouse - Tempat unik untuk melihat keindahan tasik dari paras tinggi.
Notes : Gendui Chalet dinamakan sempena “Gendui Tadom” amat disayangi , seorang pemimpin lagenda Bukit Tadom yang mengetuai penduduk kampung terhadap pencerobohan oleh orang yang tidak bertamadun (binatang-binatang buas di hutan).
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Katil 9”gred hotel + 2 Bantal + 1 duvet
- Tuala mandi
- Hanger dan tempat menggantung pakaian
- Soket kuasa (wall power socket)
- Cermin
- Kipas siling
- Toilet privacy, cantik dan bersih
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pakej pemginapan dan aktiviti menarik yang lain, boleh la tengok kat website ni :
Korang boleh juga menghubungi Tadom Hill Resort ini seperti di bawah:
Website: tadomhillresorts.com
Facebook: www.facebook.com/tadomhill/
Instagram: www.instagram.com/tadomhillresorts/
Telefon: 017-522 5908 / 013-816 1175
P/S Kalau bercadang nak bermalam kat sini, better la korang tempah awal-awal coz selalunya memang fully book, lagi-lagi kalau hujung minggu ataupun musim cuti sekolah.
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..