Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
Nanie nak share review drama TV3 semalam. Best dan bagi nanie banyak unsur pengajaran.
Judul : Anak Aku Bukan Milik Aku
Tarikh : Ahad, 2 Februari 2014
Siaran : 10.00 malam di Slot Festival TV3
Pengarah : Azma Aizal Yusoof
Penerbit : Pena Kreatif
Pelakon :
Nabila Huda
Remy Ishak
Zamarul Hisham
Elizadsharifuddin
Zarynn Min
Fauziah Nawi
Sinopsis
Maya dan Daud telah berkahwin selama bertahun-tahun (7 tahun), tetapi mereka tidak dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Mereka telah merancang untuk mengambil anak angkat di suatu pusat atau rumah perlindungan remaja terbiar. Mereka sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk si ibu dan bayi yang bakal lahir iaitu pelajar universiti yang hamil bernama Ema. Tetapi sebelum penyerahan anak itu, mereka sudah membuat syarat bahawa Ema (ibu kepada bayi itu) tidak akan meminta anaknya kembali.
Tetapi biasalah, masa dan takdir menentukan segalanya. Ema telah berubah dan sudah berkahwin dengan lelaki yg mengandungkannya. Ema insaf dan mula mencari Maya dan Daud untuk berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Damia Aisyah.
Pengajaran
- Janji Allah itu pasti. Setiap kejahatan atau kekhilafan yang berlaku di dunia ini akan dibalas jua. Sebagai contoh, di hujung cerita selepas berkahwin, doktor mengesan yang Ema tidak boleh mengandung lagi kerana rahim telah rosak (mungkin akibat mengandung tanpa sah
- Ibu bapa haruslah memantau dan memperbanyakkan ilmu dunia akhirat untuk disalurkan kepada remaja zaman kini kerana sekarang terlalu banyak gejala sosial di Malaysia
- Maya dan Daud adalah pasangan yang harus dijadikan contoh kerana mereka tidak pernah berputus asa dengan rezeki anak untuknya. Sentiasa tawakal dan berkasih sayang walaupun rezeki anak belum tiba.
p/s cerita ini memang membuat nanie sedar bahawa Allah takkan menduga setiap hambanya. Setiap ujian Allah akan ada hikmahnya. Bersangka baik dan sentiasa muhasabah diri itu yang terbaik.

