Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Jalan-Jalan cari makan kali ini membawa nanie dan keluarga sehingga ke Kuala Selangor. Actually, perjalanan ini tanpa dirancang. Sebenarnya misi utama nak makan seafood.
Istimewa Cendol Bakar
- So whats so special about their cendols? sebab cendol diorg ni dibakar!! errr bukannya biji2 cendol tu dibakar, rupanya owner kedai namanya ENCIK BAKAR. wiwiwi
- Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, tapi cendol pun ada Drive Thru.
- Cendol Bakar ni ni lain sikit rasanya. Mereka cairkan gula melaka tu dengan cara bakar.
- Rasanya ramai gak yg tertipu sebab ingat cendol tu yg dibakar, termasukla nanie. heheheh Apapun sedap memang sedap dan tersangat refreshing, rasanya pun lain skit daripada cendol2 mamak...
Lokasi:
- Ada banner kuning dan kereta bersusun2 siap dengan RELA confirm takkan miss punya gerai ni..
- Landmark Cendol Bakar ni tak jauh pun dengan pekan Kuala Selangor dan terletak di sebelah stesen minyak Caltex.
Waktu Operasi (Buka)
10 pagi hingga 7 petang
Setiap hari
Harga :
Harga :
Cendol VIP – RM2.00
Cendol VVIP – RM2.50
Cendol Tapai – RM2.80
Cendol Pulut Tapai – RM3.20
Cendol Durian – RM3.00
Cendol Pulut Durian – RM3.50
![]() |
| highly recommended! |
p/s Rasanya pun sedap. Kalau tengah cuaca panas mcm ni memang kena sangat la. Kena cuba cendol pulut durian dan popia durian. Yummies.
Kalau anda ke Kuala selangor jangan ketinggalan untuk mencuba cendol bakar ni.

