SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label hukum kenduri tahlil. Show all posts
Showing posts with label hukum kenduri tahlil. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

KEBERKATAN MAJLIS KENDURI TAHLIL DAN HAJI..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Kenduri doa selamat sebelum keberangkatan rombongan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah/haji sudah menjadi satu majlis yang biasa dilakukan oleh ahli keluarga. Ini sebagai tanda memohon keberkatan dan keselamatan perjalanan pergi dan balik.

Peraturan baru ke Tanah Arab perlu ada mahram - click entry ini

**************************

8 Ogos 2015
Keramat AU1

Majlis ini bermula selepas Zohor dengan bacaan tahlil arwah (entry kenduri tahlil arwah bapa nanie yg setahun) dan doa selamat dari tahfiz Surau Al-Aziziah. 

Tidak ketinggalan kepada keluarga,nanie dan keluarga yang telah mengadakan majlis doa selamat dan tahlil arwah di Keramat bersempena dengan keberangkatan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 15 August 2015.

Alhamdulillah kelebihan yang nanie rasa bila kita buat kenduri kendara ialah
  • Menggembirakan bakal haji kerana dapat hadirkan diri di dalam majlis ni.
  • Dapat menberi jamuan makan dan sama-sama dapat mengambil berkat dari majlis sebegini
  • Mengeratkan silaturahim sebab dapat bertemu mata dengan sedara-sedara yang dah lama tak bertemu. (saudara nanie dari Singapore) 

Dan ini adlah sebahagian dari jamuan makan yang kami jamukan untuk tetamu yang datang ^_^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 PESANANBuat Kak Yanie dan Angah,

Alhamdulillah Allah memberi peluang ke tanah Suci Mekah. Selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur.


p/s Pesanan doa dah dikirimkan kepada kak Yanie. Salah satunya, doakan semoga Nanie dapat jadi ‘bidadari’ kepada seseorang lagi ye. hehehehe..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, June 3, 2014

KENDURI TAHLIL ARWAH BAPAK SETAHUN..

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera.

Nanie just nak review kenduri arwah bapak nanie 2 minggu lepas. Maaf atas kelewatan. Nanie agak sibuk dengan hal kerja dan travel. 

KENDURI TAHLIL ARWAH & BACAAN YAASIN
17 May 2014
Selepas zohor


jemaah lelaki dari surau al-aziziah



Jiran yang sudi hadir ke kenduri
  




***************************

Kami ambil catering je - mudah penyediaan dan penyajian. Alhamdulillah semua berjalan lancar ^_^

MENU
Nasi putih
Keladi masak lemak putih
kari kambing (masak sendiri)
ayam masak merah
Asam pedas daging
Begedil (cousin sponsor)
sambal belacan


DESSERT / PENCUCI MULUT 
Tepung pelita 
Kaswi 
Kuih lapis
Kek batik
Karipap
pulut panggang
agar-agar
kuih bakar


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semua kuih muih cousin  / jiran sponsor. Murah rezeki arwah.



*******************************************

HUKUM KENDURI TAHLIL ARWAH
Ada dua pendapat ulama mengenai mengadakan kenduri arwah. Ada yang mengharuskan dan ada berpandangan sebaliknya. Pendapat yang mengharuskan melihat perbuatan sedemikian sebagai mendapat pahala dan dituntut dalam Islam selagi ia tidak memberatkan keluarga si mati. 
Jangan pula dilihat sebagai kewajipan memberatkan sebaliknya jika keluarga dengan sendiri rela memberi makan pada tetamu yang hadir membaca tahlil, ia adalah harus. 

Memang benar kenduri arwah dan majlis tahlil itu adalah bida’ah tetapi bida’ah hasanah (bida’ah yang baik dan setidak-tidak- nya, mendapat pahala kenduri dan zikir) kerana ia terbahagi kepada dua iaitu bida’ah hasanah (dituntut) dan bia’ah Dolalah (haram melakukannya). 




KESIMPULAN

Agama Islam itu luas, bukan sempit, dan tidak seharusnya kita menyempitkannya lagi. Malahan, bida’ah adaalah sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pada zaman ini, banyak perkara yang tidak dilakukan oleh baginda tetapi dituntut dalam Islam.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails