SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts
Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts

Monday, October 5, 2015

REVIEW WAYANG - POLIS EVO FILEM MELAYU WAJIB TONTON. AKSI DAN LAWAK BERGABUNG BERSAMA..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Inilah movie melayu yang betul-betul nanie nak dan teruja. Serius nanie rasa filem ni patut dapat BOX OFFICE movie. Gempak habis.  Tolonglah, pada siapa2 yang pandang sebelah mata untuk filem ni, korang patut tonton movie melayu ni.


POLIS EVO

PengarahGhaz Abu Bakar
PenerbitJoel Soh
Cerita oleh
  • Joel Soh
  • Kyle Gounting
  • Anwari Ashraf
  • Adib Zaini
Lakonan
  • Shaheizy Sam
  • Zizan Razak
  • Nora Danish
  • Mimie Ernida
  • Wan Hanafi Su
  • Pablo Amirul
  • Amerul Affendy
  • Harun Salim Bachik

Mengisahkan Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) dari Terengganu terpaksa berkerjasama dengan Inspektor luar, Khai (lakonan Shaheizy Sam) dari KL untuk menangani kes syabu naga yang giat aktif berniaga secara haram di Terengganu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. 
  • Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas 
  • Inspektor Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan protokol.

Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani iaitu Nora Danish dan emaknya dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.


****************************************

PUJIAN PATUT DIBERI

Secara keseluruhan movie ni memang setanding movie antarabangsa dan patut dipuji dengan jalan cerita yang simple tapi aksi dan lawak yang best. 

Gandingan 2 pelakon menjadikan keseriusan watak Inspektor Khai dan kelawakan Inspektor Sani menjadi sangat best. Ye la, kalau serius sangat pon mesti krik-krik-krik. Macam tengok filem aksi omputeh pon ada haha. Jangan terkejut ada bahagian yang watak Zizan lebih serius dari filem-filem lakonannya. 

Selepas menonton filem ni, nanie rasa filem ni best! Sebab apa
  • Movie melayu yang nanie tengok TANPA ada rasa bosan dan mengantuk. 
  • Bukan nak sedapkan hati atau nak bodek ya, nanie rasa terhibur  rasa seronok dengan filem ini. Dari awal sampai habis tu memanjang ada je babak yang best dengan lawak bersahaja oleh Sani dan aksi mantap dari Khai. Gandingan pula mantap dan chemistry tu ada antara Sam dan Zizan
  • Jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan aksi tembak-tembak dan kejar mengejar. Ada elemen kejutan dan buat kita berdebar-debar nak tahu kesudahan ceritanya.
  • Lakonan di Terengganu dan Nora Danish berlakon dialek Terengganu. Even ramai commentar cakap tak berapa bagus, tapi bagi nanie Nora dah bagi yang terbaik.



p/s Apa kata korang terjah ke panggung wayang terdekat. Booking tiket awal2 sebab takut SOLD OUT. Kalau tengok dalam panggung lagi rasa meriah. No wonderlah 4 hari tayangan, kutipan mencecah 2.5 juta. Congratulation ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 29, 2014

10 TIPS PENTING UNTUK FIRST TIME PERGI KE STADIUM..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Mood HARIMAU MALAYA masih berkobar selepas nanie tonton live di stadium. Jadi, sebagai blogger, nanie rasa nanie nak nak share tentang 10 TIPS PERGI KE STADIUM



  1. Pengangkutan awam - Nanie nasihatkan naik LRT. Tapi kalau korang rasa sanggup nak mengadap jammed, silakan. Korang kena ingat parking juga nanti ye :) 
  2. Jangan terkejut dengan pemeriksaan ketat dari pengawal / polis. Dilarang membawa Botol air dan lighter. Uwaaa botol air nanie kena rampas :(
  3. Sila bawak air kotak tapi bukan dalam botol ye. Sebab dalam stadium tu harga air mahal dan kita akan rasa cepat haus.  Sebab apa cepat haus, sebab kalau dah jerit jerit kang cepat kering tekak. wiwiwiwi. Harga air dalam cup - RM2 - RM3, dia akan naik harga mengikut masa. Hisssss!!
  4. Sila bawa bekalan makanan secukupnya. Tapi kalau dah tak sempat tu, korang boleh je beli makanan dalam stadium. Tapi yang nanie perasan kat dalam stadium ni, dorang ni memang boleh cepat dapat untung, sebab harga melambung tinggi macam dah kena GST. Serius. 
  5. Saving duit -Macam nanie untuk langkah penjimatan, nanie bawa coklat,  keropok Twisties, muffin cake, dan biskut oreo. Makanan ringan yang standard dorang jual ialah kuaci. Tapi tak bagusnya, dorang buang kulit kuaci tu merata-rata :(
  6. Sila pergi ke toilet sebelum masuk stadium atau sebelum duduk ke seat. Well tahukan. kat stadium ni ramai orang.. Korang jangan mengharapkan kebersihan macam pergi toilet Pavilion, korang kena sabar dan lepaskan je 'hajat' tu cepat2. So kalau tak suka tahan je kencing tu. hehehe
  7. Sila bawa kipas tangan. Sebab dalam stadium panas.
  8. Sila bersedia untuk tidak menerima sebarang call / whatsapp / sms. sebab Apabila 100,000 orang berada di dalam satu kawasan pada waktu yang sama, maka telefon bimbit anda akan hilang connection / signal HP
  9. Sila datang awal untuk seat yang terbaik (centre of field). Kalau korang taknak rasa rimas dengan manusia manusia. Kalau ada kawan-kawan yang boleh tolong copkan tempat duduk lagi bagus.
  10. Enjoy your day! even pukul 5 petang dah duduk dalam stadium, but its okay, boleh tengok gelagat orang. Dalam masa sama boleh borak-borak dengan kawan-kawan dan paling penting, takde berpeluh-peluh nak cari seat :)

p/s Itu je setakat ni yang nanie boleh share. so kalau ada rezeki nak tengok bola lagi nanie tambah la apa yang patut. Tengok bola ni seronok. semangat yang luar biasa untuk Malaysia (patriotik) tu nampak. 

Berposing dengan jersey HARIMAU MALAYA :)
Sampai sekarang nanie masih rasa aura Ultras Malaya la paling hebat. dari game start sampai game habes tetap bersorak. tak henti. hahaha. kuasa apekah.  hebat!

GO MALAYSIA GO!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, December 26, 2014

ULTRAS MALAYA MEMANG ADA AUMMMM (2014)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Dah baca dah pengalaman pertama nanie pergi stadium, jom baca dulu laaa. Nanie memang excited bab nak share ni. kihkih

Nanie kagum dengan Ultras Malaya dan nanie rasa kita patut mencontohi semangat penyokong fanatik skuad kebangsaan Malaysia.

Korang tahu tak apa itu ULTRAS MALAYA?

***************************
ULTRAS MALAYA

Siapa ? 
Sekumpulan penyokong yg sangat patriotik ketika di stadium yang memberikan 90minit mereka hanyalah untuk menyokong pasukan negara tanpa duduk!
"Satu hati, satu warna dan satu suara'' Mungkin itulah salah satu pengajaran yang dipelajari dari Ultras Malaya. 


FORMATION / GERAKAN ULTRAS MALAYA
Satu lagi yang nanie tertarik adalah ketika melakukan gerakan meninggikan mafla secara perlahan sambil diiringi teriakan, lalu gerakan itu diturut seluruh penonton. Saat tangan sudah mencapai puncak, mereka dengan lantang meneriakkan 'Ma-lay-sia' sambil menggerak-gerakan mafla.





**************************
LIRIK ATAU SENIKATA LAGU DARI ULTRAS MALAYA

Tajuk : Kau Kebangganku
Lirik : Oh Malaysia,
Kita Bersaudara,
Oh Malaysia,
Satukan Jiwamu,
Selamanya Harimau Malaya,
Selagi Kita Bernyawa,
Oh Malaysia,
Kau Kebanggaanku.
Tajuk : Bangunlah
Lirik : Bangun Semua Penyokong,
Satukan Hatimu,
Tinggikan Sorakkanmu,
Demi Malaysia,
OOOoooOOOO…Demi Malaysia,2x
Tajuk : Mana Kamu
Lirik : Mana Kamu!! (Mana Kamu!!),
Malaysiaku!! (Malaysiaku!!),
Di manapun Kamu Kami Ada Slalu,
Berikanlah!! (Berikanlah!!),
Kemenangan!! (Kemenangan!!),
Berikanlah Kami Sebuah Kebanggaan,
Mana Kamu Malaysiaku,
Dimana Pun Kamu Kami Ada Slalu,
Berikanlah, Kemenangan,
Berikanlah Kami Sebuah Kebanggaan.
Tajuk : Darah
Lirik : Hari Ini Aku Datang Keranamu,
Hari Ini Dua Hati Jadi Satu,
Darah Engkau Darah Aku Jadi Satu,
Selamanya Malaysia kan Dihatiku,
OOOooooo OOoooo ooooo OOoooooo,
Selamanya Malaysia kan Di Hati ku..
Tajuk : Berjuanglah Pahlawanku
Lirik : Ole Ole! (Tepuk Tangan 2x) 2x,
Ole Ole Ole Ole Ole…,
Ole Ole! (Tepuk Tangan 2x) 2x,
Berjuanglah! Pahlawanku!
Satukanlah Tekad Semangatmu..
Kami Rela! Korban Nyawa!
Demi Daulat Negara Tercinta..
Ole Ole OLe Ole Ole….
Tajuk : Bersama Selamanya
Lirik : Tak Peduli Apa Orang Nak Kata!
Tak Peduli Walau Bukan Juara!
Kami Bangga Jadi Anak Malaysia!
Kami Rela Mati Pertahankannya!
OOOoooooo oOOooooooo….
Ber…Sama Selamanya…2x
Tajuk : Selamanya Harimau Malaya
Lirik : Selamanya! Selamanya!
Selamanya Harimau Malaya..
Takkan Ada! Takkan Ada! Takkan Ada Harimau Malaysia!
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelela AAaaa Aaaaa,
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaaa Harimau Malaya..
Harimau Malaya…
Gambar hiasan -
gambar kawan-kawan yg pergi stadium sama dengan nanie
P/S Nanie doakan MALAYSIA sentiasa berkembang maju dalam dunia sukan. Semanagat ULTRA MALAYA patut dipuji dan dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Go Malaysia Go!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, December 24, 2014

PENGALAMAN TENGOK BOLA LIVE DI STADIUM (MALAYSIA VS THAILAND) 2014

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Nanie TERUJA!!!!! Balik dari stadium Sabtu lepas tengok Final Suzuki Cup, berkobar-kobar nak update blog. 
Jadi di sebabkan nanie PERTAMA KALI tengok bola live di stadium, mehhhhh nanie cerita keadaanya. Mana lah tahu ada pembaca blog ni yang tak pernah rasa pengalaman :)


tiket dibeli online RM50 :)
  
**************************
DALAM LRT
OK, Nanie nak bagitahu nanie sememangnya kagum dengan peminat bola sepak Malaysia. 

Datang dengan satu tujuan dan satu semamgat - MALAYSIA BOLEH..

FYI, nanie ke stadium guna public transport, naik LRT je. Dari dalam LRT lagi, semua dah support each other. Semua dah membakar semangat satu sama lain. Sebab terlampau ramai dalam LRT tu, kesian pada peminat Thailand. Haha mereka ketakutan dan rasa kerdil dikeliling oleh penyokong Malaysia. ngeee


Dalam perjalanan ke Stadium :)


******************************


DALAM STADIUM

Ketika datang ke stadium, majoriti yang datang ke Stadium Bukit Jalil dengan mengenakan jersi hitam-kuning. Sepanduk  yang di bawa jelas menyokong perjuangan pasukan kebangsaan Malaysia!

Masa nyanyi lagu Negaraku, satu stadium bergema dengan suara-suara semangat kita. Nanie kagum sangat! Bukan selalu dapat tengok kita semua nyanyi sama-sama lagu keramat tu. Great experience :)
Stadium FULL HOUSE :)
Masih menunggu untuk sepak mula.
Dup dap dup dap
Datang stadium ni dengan satu tujuan dan satu semangat, bersatu padu menyokong pasukan kita. Pasal yang gaduh-gaduh masa perlawanan antara negara dulu tu nanie tak tahulah kan, nanie buat review ni pasal Final (Malaysia VS Thailand). Sebab ini je yang nanie tengok live. Yang lain tak pernah. :)

Nak pergi ke tandas pun kena berteman, takut sesat. hihi
Nampak tak betapa sesaknyaa peminat.
Semua memakai jersey Malaysia
**********************

KESIMPULAN
HARIMAU MALAYA, teruk mana pun mereka main, nanie tetap sokong mereka.. Mereka main kadang kadang memang mengecewakan tapi mereka dah pernah buat penyokong bola bangga dengan mereka bila pernah bergelar juara .. 

Jatuh bangun mereka, mereka yang rasa .. Semangat kita, semangat mereka ! Apa yang coach Dollah Salleh buat itu hak dia, sekali sekala dia salah pemilihan player tapi selalu gandingan yang dia buat menjadi .. 



p/s Kepada mereka yang suka nak mengutuk player Malaysia kutuklah puas puas ! Takda sapa pandang korang lagipun pun tak beri jasa pun buat negara .. 


MALAYSIA BOLEH!


Next entry nanie akan share tentang ULTRAS MALAYA :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails