Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Seperti yang di janjikan dari entry sebelum ini
Entry kali ini, nanie nak share kenapa nanie pergi Jepun di musim bunga bukan di musim2 lain.
Kenapa pilih Jepun dan datang pada musim spring dan cuaca agak sejuk?
Berbicara tentang Jepun, salah satu iconnya yang sangat terkenal iaitu bunga sakura atau cherry blossom.
Memang tak dapat dinafikan lagi musim bunga adalah musim paling popular dan musim paling ramai pelancong untuk pergi Jepun. Bunga sakura yang mekar dengan banyaknya memang heaven.
Bila nanie dapat tengok sakura, mata tak berkedip tengok je keindahan bunga tu, di sepanjang perjalanan memang di kelilingi dengan sakura warna yang lembut. Kalau dapat tengok dan pegang bunga tu, rasa nak bawak balik je sakura tu, tapi takut pulak kang kena tahan kat imegresen. hehe
Tapi biasanya cuma 2 minggu saja bunga ni betul2 banyak dan mekar. Kalau tetiba datang hujan dan angin kuat, lagi la cepat dia luruh. In general, musim bunga berakhir pada hujung bulan Mei.
TRADISI JEPUN - HANAMI
- Tradisi di Jepun yg dah berzaman dan dipanggil 'hanami' iaitu orang2 Jepun akan berkumpul bawah pokok-pokok sakura untuk menikmati keindahannya. Nanie tak berkesempatan hanami di Jepun kerana jadual yang padat. Insyaallah, one day.
FAKTA BUKAN AUTA
- Sakura ialah tanaman berupa pohon, tinggi, memiliki banyak cabang.
- Pada musim bunga, bunga sakura akan bermekaran mewarnai tanah Jepun.
- Musim bunga bermula awal Mac di kawasan selatan Jepun macam Fukuoka, kemudian Hiroshima, Osaka, dan naik lagi ke Tokyo dan seterusnya kawasan utara Jepun macam Sendai hinggalah ke Sapporo
![]() |
| Orang Jepun patut berbangga kerana negaranya dianugerahi oleh Tuhan bunga yang sangat indah, |
![]() |
| Musim bunga sangat sinonim denga bunga sakura memang sangat unik dan cantik ciptaan Ilahi. |
KESIMPULAN
Nanie bersyukur dapat melihat bunga sakura ada di merata tempat mengembang mekar, Subhanallah. Warna sinaran matahari seperti warna matahari selepas asar. Ia warna kekuningan. Bila ambil gambar pula suasana akan lebih indah kerana warna langit yang membiru. Ini menambahkan lagi kecantikan gambar.
![]() |
| Gambar yang diambil di Gala Yuzawa, tempat bersalji di musim bunga. Unik kan? tunggu entry seterusnya dari nanie |
Untuk maklumat yg lagi detail, sila lawat website
- Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html
- Forecast bunga sakura: http://www.japan-guide.com/blog/sakura15/
TERIMA KASIH ALLAH MEMBERI PELUANG MENJEJAKKAN KAKI KE JEPUN DAN MELIHAT BUNGA SAKURA CIPTAANMU.




