SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label spring in japan. Show all posts
Showing posts with label spring in japan. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - SIMPLE ITINERARY UNTUK KE TOKYO JEPUN

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Dah baca previous entry dari nanie ke? Kalau belum, click di bawah



ITINERARY KE JEPUN

Alhamdulillah, kali ini nanie cuba ringkaskan itinerary ke Jepun ikut cara nanie. Tapi trip ke Jepun ni, nanie tak dapat nak bagi details sangat sebab nanie follow trip pakej.

Kenapa nanie ringkaskan semula sebab nanie agak kecewa untuk travel agent ini sebab mereka tak follow itinerary yang diberi dan banyak perbelanjaan tak termasuk dalam pakej. Ermmmm, but its okay, I am still enjoy the trip sebab dapat kenal dengan ramai kawan2 lain. *hai korang budak rumah kuning*

Dah.. dahh malas nak serabutkan kepala, nanie jadikan ini sebagai pengajaran dan experience ke Jepun tu sebagai kenangan yang terindah dalam hidup. Yeayy!



************************

Nanie pilih Tokyo memandangkan ni first time pegi Jepun. Selain tu, tempat yang jauh sikit tapi boleh pergi by day trip  macam Gala Yuzawa pun nanie pergi. Area Mount Fuji pun tak dilupakan. Nak pergi tempat2 macam Sapporo, Osaka, perkampungan Shirakawago di Takayama semua tu amat jauh dan memakan masa, tak sempat lah nanie nak cover. 

Insyaallah one day repeat travel to Japan secara backpacker style. Ameen

So here you go, inilah simple itinerary yang sempat nanie buat semula sebagai panduan semua.



Nanie akan sharekan details  (nanie akan letak link bila da siap entry)


Click link di bawah 


Entry Tips bagaimana nak faham pengangkutan train di Tokyo
Entry Day 1 : Euno Park dan Hard Rock Cafe Euno
Entry Day 2 : Tokyo SkyTree vs Tokyo Tower
Entry Day 4 : Jom main salji di Gala Yuzawa
Entry Day 3 : Shibuya Crossing
Entry Day 4 : Hitachi Seaside Park
Entry Day 5 Tengok gunung 'Mount Fuji' di Lake Kawaguchiko 
Entry Tempat Menarik Shopping Souvenir Murah di Tokyo Jepun
Entry Makanan Halal yang patut korang cuba di Jepun 


Gambar kenangan di Fuji Shibazakura Matsuri Festival berlatar belakangkan pemandangan Mount Fuji yang indah


p/s Untuk pembaca baru, yang perlukan itinerary ke negara yg pernah nanie jelajah

Itinerary Hong Kong (click SINI untuk entry Backpackers ke Hong Kong)
Itinerary Krabi (click SINI untuk entry Backpackers ke Krabi)


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, April 25, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - MUSIM BUNGA SAKURA #CHERRYBLOSSOM DI TOKYO JEPUN

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Seperti yang di janjikan dari entry sebelum ini


Entry kali ini, nanie nak share kenapa nanie pergi Jepun di musim bunga bukan di musim2 lain.


*************************************

Kenapa pilih Jepun dan datang pada musim spring dan cuaca agak sejuk?

Berbicara tentang Jepun, salah satu iconnya yang sangat terkenal iaitu bunga sakura atau cherry blossom


Picture 7390


Memang tak dapat dinafikan lagi musim bunga adalah musim paling popular dan musim paling ramai pelancong untuk pergi Jepun. Bunga sakura yang mekar dengan banyaknya memang heaven. 

Bila nanie dapat tengok sakura, mata tak berkedip tengok je keindahan bunga tu, di sepanjang perjalanan memang di kelilingi dengan sakura warna yang lembut. Kalau dapat tengok dan pegang bunga tu, rasa nak bawak  balik je sakura tu, tapi takut pulak kang kena tahan kat imegresen. hehe 


Tapi biasanya cuma 2 minggu saja bunga ni betul2 banyak dan mekarKalau tetiba datang hujan dan angin kuat, lagi la cepat dia luruh. In general, musim bunga berakhir pada hujung bulan Mei. 





TRADISI JEPUN - HANAMI
  • Tradisi di Jepun yg dah berzaman dan dipanggil 'hanami' iaitu orang2 Jepun akan berkumpul bawah pokok-pokok sakura untuk menikmati keindahannya. Nanie tak berkesempatan hanami di Jepun kerana jadual yang padat. Insyaallah, one day.
FAKTA BUKAN AUTA
  • Sakura ialah  tanaman berupa pohon, tinggi, memiliki banyak cabang. 
  • Pada musim bunga, bunga sakura akan bermekaran mewarnai tanah Jepun.
  • Musim bunga bermula awal Mac di kawasan selatan Jepun macam Fukuoka, kemudian Hiroshima, Osaka, dan naik lagi ke Tokyo dan seterusnya kawasan utara Jepun macam Sendai hinggalah ke Sapporo
Orang Jepun patut berbangga kerana negaranya dianugerahi oleh Tuhan bunga yang sangat indah, 
Musim  bunga sangat sinonim denga bunga sakura memang sangat unik  dan cantik ciptaan Ilahi.

KESIMPULAN

Nanie bersyukur dapat melihat bunga sakura ada di merata tempat mengembang mekar, Subhanallah. Warna sinaran matahari seperti warna matahari selepas asar. Ia warna kekuningan. Bila ambil gambar pula suasana akan lebih indah kerana warna langit yang membiruIni menambahkan lagi kecantikan gambar.

Gambar yang diambil di Gala Yuzawa, tempat bersalji di musim bunga.
 Unik kan? tunggu entry seterusnya dari nanie
Untuk maklumat yg lagi detail, sila lawat website 
  1. Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html
  2. Forecast bunga sakura: http://www.japan-guide.com/blog/sakura15/


TERIMA KASIH ALLAH MEMBERI PELUANG MENJEJAKKAN KAKI KE JEPUN DAN MELIHAT BUNGA SAKURA CIPTAANMU.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails