SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label tips pergi singapore. Show all posts
Showing posts with label tips pergi singapore. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

TIPS PERCUTIAN BUDGET DAN TIPS JIMAT NAK SHOPPING DI SINGAPORE..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kalau siapa ada follow instagram Nanie, nanie ada share beberapa gambar ke Singapore. Jadi kali ni, nanie saje nak share apa yg best sangat shopping di Singapore. 

Perihal shopping di Singapore ni memanglah heaven I tell you.. Boleh jadi gila dibuatnya. Semua ‘branded’ itemnya murahhhhh… Yg takde brand tu bleh kata harga standard, sama macam kat sini, cuma kena darab mengikut perkiraan current foreign exchange. 



TIPS BERBELANJA / SHOPPING DI SINGAPORE

1) LENGKAPI DIRI DENGAN INFORMASI


Fakta Bukan Auta - 
  • Singapore adalah negara terkecil yang “besar”. 
  • Singapore memiliki luas daratan hanya 682, 7 km2. Luas tersebut 15.000 kali lebih kecil dari negara Amerika Syarikat. 
  • Kemajuan kotanya sangat pesat, bahkan merupakan destinasi perlancongan dan pusat perniagaan dunia.
  •  Singapura juga salah satu negara termakmur di dunia. Dan dalam waktu 50 tahun, Singapura berhasil mengangkat darjat dari negara ketiga menjadi salah satu negara pulau kelas satu.



2) BUAT CHECKLIST TEMPAT SHOPPING UNTUK RUJUKAN

Sebelum berbelanja, sebaiknya lengkapi diri dengan informasi mengenai tempat shopping dan waktu terbaik nak pergi travel ke Singapore. Waktu terbaik untuk berbelanja di Singapura adalah pada saat Christmas dan Tahun Baru, Chinese New Year, atau Musim Great Sale Singapore (antara bulan Mei hingga July). Diskaun menggila dan kadang2 harga dia jauh lebih murah dari shopping complex kat Malaysia.


Kenapa kena buat checklist sebab nanti  korang akan jimat masa nak cari barang. Takdelah rambang mata semua nak beli. haha


Nanie akan share kan next entry tempat menarik nak shopping souvenir dan branded item. tungguuu!

Opsss paparazi in action. 

3) SURVEY SURVEY DAN SURVEY

Kalau rasa korang memang da aim nak beli barang branded kat Singapore, better korang survey dulu harga kat Malaysia. Tak semestinya korang kena survey dari satu shopping complex ke satu shopping complex, korang boleh google je harga pasaran dari internet. Mudah dan jimat masa u olls. Teknologi kan di hujung jari. haha

Apa barang yg murahnya kat Singapore? 



  • Original perfume memang teramat murah babe! Sebut je brand apa, smuanya dalam lingkungan SGD25 ke SGD60 bagi range 75ml ke 100ml…Bila darab 3, harga jadi dalam RM75 ke RM180 je, berbanding kat Malaysia, bagi 100ml perfume biasa bleh cecah dekat RM300! 
  • Handbag, sebut je nak brand apa? Sembonia? Guess? Elle? Charles and Keith? 
  • Siapa yg gila barang ada brand, boleh ke Singapore, bawak duit bebanyak. Memang berbaloi2.
  • Coklat memang lahhh murah. Nanie suggest korang datang time Christmas Sales, masa tu diskaun memang kaw-kaw punya!!
Borong coklat!! Kebanyakan harga SGD 2 sahaja
4) NAIK PUBLIC TRANSPORT UNTUK KEMUDAHAN



Kat Singapore ni, serius memang banyak bus / MRT / taxi yg akan ke tempat shopping complex. Cuma kena ada ilmu nak naik yg mana sesuai. Taxi mungkin agak mahal, apa kata korang naik MRT dan LRT. Best sangat, sebab laju dan banyak gerabak. Boleh dapat pengalaman baru.

MRT dan Bas  - Dibuka seawal 7 pagi dan tutup selewat2nya pada 12malam. 


Untuk maklumat lanjut tentang MRT - boleh click website ini


Untuk maklumat lanjut tentang SBS Bas - boleh click website ini



Semua informasi ada dalm website itu, seperti harga, lokasi, jadual perjalanan dan peta. Nanti nanie share tips jimat dan mudah naik MRT dan LRT Singapore. tunggguuu!!





5) BAWA AIR MINERAL / WET TISSUE





Kalau travel tu, bawak lah air mineral secukupnya yer... Sebab apa? Bila dah sibuk shopping tu, boleh la terus teguk minum air mineral tu. Tak delah, kelam kabut cari kedai ke apa.. Macam nanie, siap2 bawak air dalam botol. Sebab nanie tak suka rasa air mineral Singapore, rasa macam air kelapa. hehe

Lagi satu, toilet kat Singapore, kebanyakannya tiada air, jadi apa kata korang gunakan botol mineral kosong tu atau wet tissue itu sebagai alat nak cuci ehem2 korang. Bersih dan gunakan tanpa was-was. hihi






6) SENARAI TUKARAN SINGAPORE DOLLAR DAN RINGGIT MALAYSIA





Siapkan awal-awal duit tuk shopping dan kalau boleh jangan lupa bawak sekali 'print harga' tuk rujukan korang ye. Senang dan mudah bila nak berurusan nanti. 

Contoh senarai tu cam ni :



Kalau korang nak format ni boleh roger2 je. tak pun email je kat nanie_nakata@yahoo.com atau komen kat bawah entry ini. Dont worry nanie  boleh forward kan je:)

Oh yer, kalau sesiapa yang tiada blog, cara nak komen cukup mudah. Hanya klik POST COMMENT kat bawah tu, then guna nama sebagai ANONYMOUS.. Atau pun NAME/URL.. URL tu tak yah isi pun tak apa ^_^


************************************


Hasil separuh dari shopping untuk trip kali ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s shopping kan memang terapi minda. Bukan terapi minda aje, tapi terapi mengempiskan poket. hahaha

Teringin nak pergi Singapore ?


Tips naik kereta ke Singapore? Jom baca (link)

Tips Balik Singapore naik kereta? Jom baca (link)

More update tentang Singapore will coming soon.. Doakan nanie ^_^


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Saturday, March 21, 2015

PENGALAMAN NAIK BAS EKSPRESS KE SINGAPORE..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Masa weekend lepas, Nanie, kak Noi dan mak nanie ke Singapore atas jemputan wedding cousin. Kitaorang ke sana pun memang last minute, semua tiket KTM dah habis. Jadi, bila fikir2 semula, sebab nak jimat masa, terus decide naik BAS EKSPRESS.

Ramai yang tanya nanie, best sangat ke Singapore, sampai tiap2 tahun nak balik. 

Jawapan mudah 
SEBAB SINGAPORE IS MY HOMETOWN (Kampung). 

So bagi siapa2 yang tak pernah jejak kaki ke Singapore, jangan risau. Inilah persediaan yang perlu korang ada

Persediaan
- Passport
- SG$ palling sedikit pun $200 ikut la korang punya bajet.
- Badan yang sihat
- Map / GPS (Lagi bagus kalau ada member / cousin stay kat Singapore)
- Camera (Mesti ada)

Pilihan Transport:
Udara > Air Asia, Tiger Airways,
Darat > Kereta, bas, train

Harga (naik di TBS - Terminal Bersepadu Selatan)
  • Tiket bas dari KL - Singapore RM45 (Causeway Link). 
  • Tiket bas dari Singapore - KL RM65 (Causeway Link)



TIPS : 
KALAU ADA YG NAK PERGI NAIK KERETA, sila baca entry di bawah


***************************

Prosedur masuk ke Singapore (Bas Express):
1- Sampai Johor, driver akan inform untuk turun bas dan cop passport di Imigresen Malaysia (Johor Bahru) - TAK PERLU bawa barang turun

2- B
eratur di tempat disediakan dan naik semula bas.

3- Sampai Singapore, lagi sekali driver akan inform dan kena turun bas dan
PERLU bawa semua barang beserta borang putih (dapatkan di Imegresen atau minta pada driver) + passport dan scan barang di Imigresen Singapore.

4- Naik bas semula dan bas akan sampai ke Singapura. Untuk Causeway Link, bas ni turun di IMM ^_^

PENDAPAT TENTANG NAIK BAS
1. Mudah dan selesa
2. Masa lebih cepat berbanding dengan KTM
3. Sejuk - kena prepare sweater, hihi

p/s Kadang-kadang tambang flight lagi murah berbanding bas. Kena follow up harga tiket selalu. hmmm.. Nanti nanie cerita apa yang nanie buat sepanjang di Singapore. 

Thanks for reading.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails