SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, September 17, 2014

AKTIVITI BBQ DI VILLA FELDA RESIDENCE HOT SPRING SUNGKAI PERAK

Assalamualaikumm selamat sejhatera..

Nanie just nak sambung cerita entry VILLA 12.

Bagi nanie, bercuti bersama keluarga merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.  Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.

Dalam entry lepas, nanie cerita yang kami sekeluarga hanya bermalam 2D1N sahaja. Jadi, walaupun masa hanya singkat, kami masih dapat meluangkan masa BBQ di waktu malam.

Macam kami sekeluarga ada bawa semua bahan-bahan BBQ dari rumah lagi Perap awal2 dan masukkan dalam container khas.

BBQ Ayam
BBQ Lamb
BBQ Meat
BBQ hotdog
BBQ Burger
BBQ burung puyuh
Semua di atas grill. Bersiap sedia untuk direntungkan. haha

banyak kan? sorry quality gambar terlalu gelap..

Amboi, bila da siap bakan2 grill. masing-masing dan start makan.
 Nasi tak diilupakan.kata orang Melayu. hihi

Pelbagai jenis juadah atau dessert kitaorang buat dari rumah.
Oreo pudding tu, nanie buat sendiri.. yeayyy!!
**************************** 

KESIMPULAN

Bercuti bersama keluarga juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambil berhibur.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. assalm, nk tanya bahan apa yng awak guna untuk masak bbq tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam

      Bahan-bahan
      1 labu bawang besar
      10 ulas bawang merah
      7 ulas bawang putih
      1 inci halia
      1/2 inci lengkuas
      2 batang serai
      1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar)
      3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)(Yani : boleh skip)
      3 sudu besar madu
      1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)
      3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi
      1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati diMakro)(Yani: Kicap kipas udang je)
      2 sudu teh serbuk kunyit
      1 sudu teh serbuk lada sulah
      3 sudu teh garam atau secukup rasa

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails