Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Nanie just nak share Percutian singkat kami ketika public holiday Merdeka iaitu 2D1N ke Sungkai Perak
Villa 12
Felda Residence Hot Spring
31 August 2014
********************************
DIRECTION MELALUI TOL PLUS
- Dari exit Sungkai di Lebuhraya PLUS, belok ke arah kiri dan lebih kurang 2.5km dari simpang highway, belok kiri lagi.
- Ada signboard Felda Hot Springs. From simpang tersebut, kita akan melalui kawasan felda.
- Environment kat sini, kiri kanan jalan ialah pokok kelapa sawit, diikuti perkampungan peneroka felda. Jalan masuk sedikit kecil tapi berturap elok dan masih 2 lanes. Jarak dari simpang jalan besar ke FRHS lebih kurang 8km.
***********************************
REVIEW
Tak sangka dalam perkampungan Felda ada ni disediakan tempat percutian yang amat menyeronokkan dan amat privasi. No wonder memang susah sangat nak dapat villa ni kalau tak booking awal-awal
RECOMMENDATION
Untuk satu family, nanie recommend duduk satu villa je. Sebab, villa ni berkemampuan menampung satu family. Luas, cantik boleh duduk sama sebab memang luas.... So tak menjadi masalah untuk tidur kerana ruang tamunya amat luas....
HARGA VILLA
Untuk kos penginapan di villa boleh tengok di website Felda Residence or Agoda yer.. Macam family nanie, kami booking time Matta Fair. Kami ada TABUNG KELUARGA. Nak tahu lebih lanjut macam mana tabung tu, nanie pernah share dalam entry Cameron Highland (tekan sini saje)
TIPS - sila rajin-rajinkan diri pergi Matta fair sebab satu villa boleh dapat diskaun 30% ke 50% lebih rendah dari harga asal
KEMUDAHAN
Bilik tidur - Queen Size x 1 (1 bilik)
Bilik tidur - Single Size x 4 (2 bilik)
Ruang tamu
TV Plasma
Dapur untuk memasak
Meja makan
Microwave
Peti ais
Pinggan mangkuk
Kuali
Kawasan sekitar villa sangat luas, cantik dan saujana mata memandang. Hijau je mcm padang golf. Villa ni sangat sesuai untuk those yang pentingkan tranquillity during their short break, especially those yg datang from bandar besar mcm KL.
the best part is ada Jacuzzi yang boleh di kawal samada nak sejuk atau suam..
nak tengok?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jom datang ke sini bersama keluarga
RECOMMENDED!
Felda Residence Hot Spring
35600 Sungkai, Perak
Tel No : 05 -4388801
p/s Memang seronok sangat bercuti di sini.....memang BEST!!!
Next review, cerita BBQ di villa :)
Untuk honeymoon best tak nani rasa?
ReplyDeletehoneymmon sesuai je di villa ni.
Deletetapi ada concern tang bilik sebab mcm membazir ada 3 bilik asing
Oh xde bilik utk couple ke?
DeleteADA. tapi bukan dlm villa. villa lebih fokus utk keluarha.
Deleteutk couple, lebih sesuai ni felda residence tu. dia sesuai utk couple. tapi xde yg private jacuzzi dlm bilik la.
boleh google utk dpt infor lebih details. tq :)
Nak tnya BBQ tu buat kat villa atau ada tmpt lain..
ReplyDeletekat dalam villa je. kami bawa perkakasan BBQ sendiri :)
Delete