*
*
*
*
Perasan iri hati dan hasat dengki melihat kejayaan dan kebahagiaan orang
Orang yang iri hati tidak boleh menikmati kehidupan yang normal kerana hatinya tidak pernah boleh tenang sebelum melihat orang lain mengalami kesulitan. Dia melakukan berbagai hal untuk memuaskan rasa iri hatinya.Bila ia gagal, ia akan jatuh kepada kecewa.
Sayyidina Ali k.w. berkata, “Tidak ada orang zalim yang menzalimi orang lain sambil sekaligus menzalimi dirinya sendiri, selain orang yang dengki.” Selain menyakiti orang lain, orang yang dengki juga akan menyakiti dirinya sendiri. Perasaan ini lahir kerana hati yang tidak bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan keatas dirinya. Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152)
Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
*****************************************************
Senyum & terus senyum..
Saya BAHAGIA dgn kehidupan yg Allah aturkan..
'' Good Luck, Bad Luck .. Who Knows? ''
Pengajaran hari ini : "when people hate on u.. its because you've got something they want!" so why worry? Syukran ya Allah.. Alhamdulillah dengan rezeki & kasih sayang ini.
p/s Nanie tahu 'kamu' baca entry ini.. Terima kasih up sudi membaca & jd follower sy.. ngeh2.. Salam ukhuwah~
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..