SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, April 30, 2012

SABAH (PART 2)

As salam... selamat sejahtera..

continue from this entry {Sabah Part 1}

Sebelum apa2 aktiviti nak buat, kita kena isi perut dulu.. Bagi tenaga kat badan.. Breakfast kat hotel ni, ada pro and cons. Pro nya ialah Bangun tido, mandi2 terus turun cafe, makan.. Jimat masa.. Cons pulak ialah rasanya biasa je, pilihan pun xde lah banyak. Standart dgn harga dia hanya RM14/person.. Bagi nanie, better gi makan kedai mamak, lagi sedap. oppps terlebey sudah~

Ok, sambung pula destinasi untuk hari ke-2, ke Jesselton Point. Lokasi dengan hotel nanie tak de la jauh sangat. Kalau jalan kaki lebih kurang 15-20minit je. Tapi apa guna sewa kereta kalau tak naek kan? haha (actually nak simpan lemak breakfast tadi, ada aktiviti 'panas' kat tempat ni nanti) hehe



Mesti ada yg blur apa dan ada apa kat Jesselton Point kan? Actually ia adalah satu tempat terminal untuk ferry atau bot ke pulau2 kecil di sekitar Sabah..Ia dibuka seawal 6 pg hingga 2 pg. 

Cer baca {website} untuk keterangan lanjut

Sebelum nak beli tiket, nanie nak posing dulu.. hehe




ini dia contoh pamplet beserta harga ke pulau..


Selepas  da settle payment, kitaorang kena amek barang2 yg perlu. Macam kitaorang amek set snorkeling, jadi ade mask, snorkel, life jacket, danfins. Cer tengok gambar kat atas ni, ada harga dia kan?




then, bila tiba masa dan jumlah customer da cukup, masing2 terus pergi kat terminal dia la..



tengok siap ade bendera Sabah dan Malaysia lagi.. semangat nasionalisme u all~




Ok, seperti biasa, da setting dan start enjin, bot pun gerak ke pulau2 yg sudah dipilih di kaunter tadi.




Suasana mendamaikan tapi dalam hati dup dap dup dap.. Nak naek bot ni, macam2 doa nanie baca.. nervous weeii!! sebab last naek adalah pada 10 tahun yg lepas.. Tyme g langkawi ke Tasik Dayang Bunting. wink2..




see - ada pulau yg terasing.. tak tahu nama ape :p



Tiba2.. situasi mendebarkan berlaku.. nak dibuat cerita, sedang best2 layan angin, desiran ombak.. enjin bot yg nanie naek boleh pulak mati. aduyaiiii.. bertambah dup dap dup dap laaa.. not recommended la agen bot ni. menyusahkan orang betul.

Waktu tu, dalam otak nanie da fikir, kalau kena terjun ni, macam mana? Lagi satu, boleh tak korang imagine, dalam bot yg nanie naek ni ada pelancong oversea, ada pelancong tempatan, yg paling merisaukan ada 2 baby comel.. lebih kurang 6 bulan ke 2 tahun.



Gambar di tengah laut tanpa ada bantuan. uwaaa :(



Alhamdulillah, dengan pantas tuan bot yg nanie naek tu, call kawan dia tolong selamatkan kami di tengah lautan. Macam rescue 911. oh yeayyy!!


ni la rescue 911 kami. terima kasih ^_^



Akhirnya... selepas semua penumpang transfer ke bot rescue 911, tibalah kami ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Manukan..



Jom mandi di tepi pantai dengan adegan 'panas' di bawah matahari yg panas (terik). haha


Gambar nanie tyme mandi tak de.. pakaian yg da ditanggalkan je yg ada. oppss~


*******************************

Next pulau, ialah Pulau Sapi


Pemandangan yang sangat menyejukkan mata..
Kat Pulau Sapi ni rasanya lagi indah dan bersih.



Laut jernih. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi



Welcome to Pulau Sapi






Biasalah, da swimming dan snorkelling dengan jayanya. Perut pun da berkeroncong kat tengah lautan. haha.. Tapi Alhamdulillah disebabkan hubby pakej BBQ, so apa lagi ni, kami kerjakan cukup2 makanan yg ada.

Inilah menu pakej BBQ dia.


BBQ Udang
BBQ Ketam
BBQ Sotong
BBQ Ikan
BBQ Hot dog
BBQ Ayam
BBQ Kambing
Sate
Nasi goreng
Mee goreng
Sayur kacang panjang
Lauk tauhu
Jagung bakar
aneka buah-buahan
Karipap
Air mineral
Air tin bergas

banyak tak? haha orang lapar macam tak makan 2 hari. kehkeh


Selesai makan kitaorang pun g rendam lagi.. Tepat jam 4 petang, kitaorang pun tukar2 baju takut kena tinggal bot. Lihatlah dunia, inilah keindahan semulajadi di Sabah.. OK tak model tu? model yg siap pakai life jacket lagi. sebab takut bot rosak lagi. haha :P




Kesimpulan untuk entry ini, Tak perlu ke oversea untuk dapat pantai yg bersih, air laut yg jenih siap dapat tengok ikan nemo di depan mata. hehe

Sabah ialah satu destinasi yg WAJIB dikunjungi untuk pencinta semulajadi, dan ia lokasi yg indah untuk aktiviti sukan seperti snorkelling. Tak perlu susah2 pakai nak buat passport. Mudah, jimat masa dan jimat duit. Hidup Malaysia!!



p/s - Next review, semua cerita tentang Gunung Kinabalu ( gunung tertinggi di Malaysia, dan kelima di Asia Tenggara.. tungguuu!!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

12 comments:

  1. sabah memang best. nora xsempat nak pergi pulau yg nanie pegi ni sbb kesuntukan masa , kitorang stay kt mabul je haritu :)

    ReplyDelete
  2. alaaaaaaa.. Nanie tak g lg mabul? syok tak?

    ReplyDelete
  3. Salam.. boleh sy tau contact number utk sewa kereta murah? tq ye =)

    ReplyDelete
  4. assalam nani, sy dh emel pd nani minta no.fon kete sewa di KK, Sabah. Tp no. respon lg huhu.. Hope 2 hear from u soon. tq.

    ReplyDelete
  5. hye sanon- assalamualaikum.. maaf terlepas pandang, nanie da email kepada yg berminat.. tq sudi baca blog nanie..

    ReplyDelete
  6. Dear I ade email u pasal kete sewa.. pls rep asap.. flight esok ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. Dear I ade email u pasal sewa kereta.. reply asap ye.. flight esok

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Jika bermint untuk membeli mask dn snorkel smasa d sabah sila hubungi saya 0147026247 @ email: nordi45@ymail.com

      Delete
  9. Askm......
    Jika ada yg berminat untuk pergi ke sabah, sblum masuk pulau dan ingin membili mask dn snorkel yg berpatutan sila hubungi saya 0147026247 @ email: nordi45@ymai.com

    ReplyDelete
  10. Askm......
    Jika ada yg berminat untuk pergi ke sabah, sblum masuk pulau dan ingin membili mask dn snorkel yg berpatutan sila hubungi saya 0147026247 @ email: nordi45@ymai.com

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails