As salam.. selamat sejahtera..nanie nak sambung review untuk Sabah. Nanie nak story 4 tempat perlancongan WAJIB korang pergi kalau melancong ke Sabah..
Kat sini ada tempat mandi terbuka dan tertutup. Apa yg dimaksudkan kat sini, korang boleh pilih mana yg korang prefer. Kalau yg tertutup tu kena bayar la. ala tak mahal sangat la..
Tapi, nak di buat cerita, dalam perjalanan nak pulang, hujan turun lebat.. Slow2 hubby drive sebab curam dan banyak lopak..
kalau ada yg berminat nak tengok perbezaan Sabah Tea dengan Cameron Highland -sila rujuk website ini untuk lokasi dan bayaran masuk ke kilang.
website ini pula untuk lihat bagaimana pemprosesan teh di buat {link ini}
U LIKE @ NOT, UP TO U..
Sebelum tu, bagi yg belum baca review :
Jemput baca ye kawan2..
*************************
Aktiviti untuk hari ke 3 -
Tempat pertama - Gunung Kinabalu
Agak jauh perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu, lebih kurang 1 jam ke sana. Jadi pagi2 da kena gerak awal dari hotel. Tapi kali ni, kitaorang tak breakfast kat hotel, kitaorang just breakfast dalam kereta je. Mudah dan cepat. Makan roti je.
Ini gambar pemandangan dari sisi tingkap kereta.. cantek tak?
Alhamdulillah, tiba dengan selamatnya..
Gambar wajib sebagai bukti sudah tiba disana.. wink2..
Nak tengok tak gambar kami betul2 dekat dengan Gunung Kinabalu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
see, macam wallpaper kan?
Bila ada di sini apa yg nanie dapat gambarkan adalah :
Perasaan - aman dan menenangkan.jiwa.
Suasana : Sejuk dan udara yang nyaman.
Indahnya ciptaan Allah, subhanallah..
TIPS :
Pastikan korang gerak awal pagi untuk nak tengok Gunung Kinabalu depan mata.. Fyi, macam dekat Sabah ni, pukul 7pagi pun macam da pukul 9 pagi kat Kuala Lumpur. Kenapa? sebab kalau lambat, korang akan nampak kabus je. tak cantek la suasana nanti.
*********************************
Tempat kedua - Poring Hot Spring
Destinasi seterusnya ialah kitaorang terus ke kawasan rekreasi Stesen Air Panas Poring atau lebih mudah dikenali Poring Hot Spring..
Tempat ni ada kolam air panas. So, kalau korang singgah, bolehla mandi atau rendam kaki. Macam nanie, sebab tak bawak baju spare, nanie just rendam kaki je.
Kat sini ada tempat mandi terbuka dan tertutup. Apa yg dimaksudkan kat sini, korang boleh pilih mana yg korang prefer. Kalau yg tertutup tu kena bayar la. ala tak mahal sangat la..
Jika korang berminat, korang boleh google or layari website {ini}..
Website ini pula reaksi tourist yg da penah pergi {link}
******************************
Tempat ketiga - Sabah Tea
On the way ke Ranau / Sandakan singgah sebentar untuk mengagumi keindahan alam.. Kesejukan dan dingin dirasai.. Muka tahan sejuk ^_^
Seperti biasa, posing wajib di sign board sebagau bukti da ke Sabah Tea..
Ladang teh yang terbentang luas...Rasanya nanie lagi prefer Cameron Highland. Sebab lokasi kat Cameron Highland agak strategik, tepi jalan je.. Kalau nak pergi Sabah tea, mencabar cket. Jalan berbukit, selamat kereta Viva tu mampu sampai ke puncak.
Tapi, nak di buat cerita, dalam perjalanan nak pulang, hujan turun lebat.. Slow2 hubby drive sebab curam dan banyak lopak..
See, kabus dah menyelubungi kawasan sekeliling. Sangat cuak~
kalau ada yg berminat nak tengok perbezaan Sabah Tea dengan Cameron Highland -sila rujuk website ini untuk lokasi dan bayaran masuk ke kilang.
website ini pula untuk lihat bagaimana pemprosesan teh di buat {link ini}
***************************
Tempat Keempat - Rumah Terbalik
Dari Kundasang ke Poring, kemudian ke Ranau dan destinasi terakhir untuk hari ketiga ialah Tamparuli. Ada apa? Jom baca fakta di bawah..
FAKTA
Lokasi : Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah
Keluasan : 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
Bayaran - RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
psssttt, sepert biasa gambar wajib dgn signboard. hehe
ni pintu masuk ke Rumah terbalik..
Unik jugak tulisan die. sila telengkan kepala korang untuk membaca. haha
Ini pula gambar salah satu contoh basikal yg diterbalikkan. Selain itu, contoh lain (dalam rumah) ialah peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit juga diletakkan terbalik
Gambar kenangan bersama sisi hadapan rumah terbalik.. Fyi, Kalau orang tak masuk dan bayar RM10, tempat ni ialah tempat larangan untuk bergambar.. Tunjuk resit baru boleh ambil gambar. hehe
Ini lokasi sisi rumah terbalik dari luar, yang ni lokasi tak payah bayar pun boleh bergambar.FOC aje.
Fuhhhh, akhirnya tamat juga review nanie hari ke-3 kami di Sabah..
Kesimpulan :
Jauh perjalanan luas pemandangan.. Malaysia pun ada tempat menarik, cantik dan unik untuk dikunjungi..
p/s Selamat ada kereta sewa viva itu, kalau tak, tak kemana la kami.. Next review, nanie akan reveal kat mana nanie dapat harga kereta sewa TERmurah. & tempat shopping yang murah dan berbaloi2..
Tungguu!!!
Salam..wah,seronok tul tgk rumah terbalik tu!anyway, boleh x emelkan no.hp kereta sewa di KK tu kpd saya? bln 4 nnt sy nak ke sana..by the way, tq sbb bg contact no. kereta sewa di langkawi dulu..memang murah..ni emel saya- nouryn@gmail.com..tq in advance. =)
ReplyDeletehi sis. boleh email sy kat mana tempat shopping murah & makanan sedap di KK Sabah? tq
ReplyDeletefraihana124@gmail.com
as sala.
ReplyDeleteblh x email kan no hb kereta sewa di KK tu dan tmpat shopping yg kepada saya.Plan next week akan pergi. natasya45@yahoo.com
TQ