SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label dapur nanie. Show all posts
Showing posts with label dapur nanie. Show all posts

Monday, September 8, 2014

PEMANGGANG AJAIB - DAPUR NANIE


Assalamaualaikum.. selamat sejahtera.

Alaaaa kena review ke? Nak tak nak nak tak nak? Tapi bagi menghormati reader and follower nanie, nanie ceritakan jugak tentang PEMANGGANG AJAIB. 

Terima kasih kepada yg hantar email tanya best sangat ke pemanggang ajaib ni? Meh nanie ceritakan Kenapa PEMANGGANG AJAIB Patut Ada Di Setiap Rumah?


1) PEMANGGANG AJAIB mudah digunakan kerana mempunyai BERAT YANG SEDERHANA.

2) Direkacipta TIDAK BEGITU TEBAL sehingga susah untuk dikendalikan dan TIDAK BEGITU NIPIS sehingga masakan cepat hangus.

3) Makanan yang dipanggang TIDAK MELEKAT pada alat pemanggang kerana ia jenis ‘Non-Stick’.

4) Pemanggang ada Tangkai Berpenutup Magnet yang ketat dan kedap udara. Ia direka SUPAYA AROMA MAKANAN YANG DIPANGGANG TIDAK KELUAR. Jadi ia akan lebih fresh dan asli.

5) MACAM-MACAM MENU BOLEH MASAK. Pelbagai bahan makanan yang boleh dipanggang seperti ikan, ayam, sotong, ketam, udang, daging dan sebagainya. Buat cake pun boleh tau.

6) Jimat masa dan jimat gas. haha





Nak tengok contoh menu nanie?

Ini dia ^_^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


IKAN PARI BAKAR + AIR ASAM + SAMBAL BELACAN
PREPARATION UNTUK MASAK AYAM PANGGANG
BUTTER RICE +
BLACK PEPPER CHICKEN ROASTED +
MUSHROOM SAUCE

P/S niat hati bukan nak menunjuk tapi just nak bagi galakan kepada wanita yg bekerjaya untuk membeli pemanggang ajaib ni. Mudah je nak guna u olls. Nanie x jual okay?

Published with Blogger-droid v2.0.8



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, May 7, 2014

RESIPI PIZZA FRITATA YANG MUDAH DAN LAZAT..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Resepi yang nanie nak kongsikan ni sangat mudah. Kalau dah bosan makan telur dadar biasa, bolehlah cuba buat versi yang macam ni pulak. Gerenti sodappp. 

Kenyang sungguh makan fritata ni yg asalnya adalah makanan Italian. 
Lebih kurang mcm kita nak buat omelet jugak. Cuma yg ini kita pelbagaikan bahan2nya. Nak letak spices pun boleh. Cara nak masaknya samada menggunakan gril atau masak atas dapur jer mengikut kesesuaian dan citarasa masing2.

Ada beberapa kawan nanie yang request nak resepi Fritata nanie ni... nampak menarik walaupun campak2 ikut sukahati je ni.. belasah je kalo x sedap jgn marah tauu ;P

*********************************

Jom tengok bahan-bahan dia.

Resipi ni bolehla buat waktu pagi or minum petang. 

Resepi Pizza Fritatta:


Butter
4 / 5 biji Telur Ayam
1/2 cawan Susu Cair Tin 
Mayonis
Cheddar Cheese (Grated)
Sosej (boleh gantikan dgn ayam / udang / daging cincang)
Kentang (rebus dahulu)
Sayur campur
Bawang Merah
Bawang Putih
Bread Crumb
Serbuk perasa / garam ((ikut suka) jgn lebih sgt tauu.. diet kan :P


Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah + putih + serbuk perasa  dan masukkan sosej dan goreng hingga masak.

2. Pecahkan telur-telur dalam satu bekas, campur dengan susu cair, garam, dan pukul sehingga sebati. 

3. Bekas aluminium foil sapukan butter di keliling. layer yang pertama letak bread crumb, lepas tu layer kan dengan sosej, kentang , sayur cam dan lain-lain.

4. Kemudian masukkan telur hingga habis dalam aluminium foil... 

5. Pastu taburkan cheese dan dekorasi dengan cili sos dan mayonis untuk nampak lebih menyelerakan.

6. Masuk dalam oven 180 darjah celcius. Sebenarnya bakar tak perlu lama pun. Dalam 15minit ke 25 minit pun cukup



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



KESIMPULAN


  • Memang sedap dan mengenyangkan! ..
  • Tak payah makan nasik pun. Hidangan ni sesuailah utk breakfast atau dihidangkan bila2 masa shj. 
  • Time tengah rajin ni mcm2 benda nak dicampurkan dgn telur ni. Kalau malas, buat telur goreng biasa jer...hehE
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 21, 2013

MACAM SEDAP JE.. MACAM LAZAT JE..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

On last week, nanie ada buat MENU SEDAP dan MELELEH CHEESE dia..

Sedap dan boleh menambahkan lemak dengan gembiranya. haha

nak tahu nanie masak apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.jeng 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng

MAKARONI CHEESE GUNA PEMANGGANG AJAIB

Nak resipi?

Ada tak yang nak rasa jilat skrin computer / tab / handphone yg canggih tu? hahhaha  *pengotornyaaaa*

check to this resipi yang sedap dan meletup - BAKED MACARONI CHEESE

Mudah dan sangat sedap.

PercayalaH akak-akak, adik-adik, abang-abang.. Tak rugi nak mencuba. Bakar guna pemanggang ajaib tak sampai satu jam pun.. 

Selamat mencuba ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, November 11, 2013

#DAPURNANIE - POPIA KETAM

Assalamualaikum.. selamat sejahtera

Lama dah nanie tak share resipi kan? untuk resipi ini, memang paling mudah dan cepat ^_^

RESIPI
Kulit Popia 
Isi ketam
Carrot / Sengkuang
Mayonaise
Telur / Tepung Gandum


CARA-CARA
1)  Rebuskan isi ketam dan carrot. Tapi jangan sampai lembik ok.
2) Sediakan kulit popia dan pastikan jangan terlalu lembik atau keras. Nanti susah nak gulung dan lipat.
3)Letak isi ketam, carrot dan mayonaise atas kulit popia.
4) Gulung dengan rapi. Time hujung nak habis gulung tu, gunakan telur atau tepung gandum sebagai gam
4) Siapppp!! korang boleh terus goreng atau sejuk kan dulu dalam peti ais.

Taraaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar Instagram..  Comey tak? Cantek tak? kihkih


p/s Popia ketam ini boleh buat untuk minum petang atau breakfast. Boleh cicah dengan cili sos Thai. ohh sedapnya. 

Selamat mencuba ^_^
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, August 13, 2013

RESIPI #DAPURNANIE - SPAGHETTI CARBONARA WITH CHICKEN BALL..

As salam.. selamat sejahtera..

Saja nak share resipi yg mudah. Tak nak tulis banyak2. Menu request from my mom. Spaghetti Carbonara..

Menu mudah, dan jimat masa. campak2 je. haha

Taraaaa, SIAP!! makan berdua sgt heaven ^_^

p/s lama tak buat puding roti. Nanti nak buat la.. wink2..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, August 5, 2013

#DAPURNANIE - BAKED MAKARONI CHEESE GUNA PEMANGGANG AJAIB..

Assalamualaikum, selamat sejahtera..

Amboiii, sejak menjak ni ada yang tanya nanie, kenapa rajin bebenar nak share resipi. Hahaha

Jawapan kepada soalan awk, ialah nanie suka share benda yg boleh mendatang ilmu baru, tak kisah ilmu kasih sayang ke, ilmu agama ke ilmu travel ke atau ilmu masak-masak. Sharing is caring kan?

Jadi, kalau tak berapa gemar, jangan baca ye sayang.

****************************

So kali ini nanie nak share BAKED MAKARONI CHEESE

BAHAN - BAHAN
1/2 paket Makaroni *direbus hingga lembut dan toskan 
2  burger (digoreng sekejap)
2 Hotdog dipotong bulat ( digoreng sekejap)
1 bawang besar ( digoreng sekejap)
2 bawang putih ( digoreng sekejap)
 Sayur campur ( digoreng sekejap)
1/2 tin cendawan dlm tin  ( digoreng sekejap)


BAHAN2 KASTARD

 5 biji telur

 200 ml susu cair 

mentega cair

  tepung gandum
 gula
garam
serbuk lada sulah / lada hitam


SOS
Sos prego
 chesdale / mozarella cheese

********************************

CARA-CARA


  • Panaskan pemanggang ajaib dengan planta / mentega
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali bahan-bahan untuk kastard dan sos. Gaul rata dan jangan sampai hangit 
  • Kemudian, tuangkan kastard dan biarkan ia rata menyeluruh dalam pemanggang ajaib
  • Tuang sos di atas permukaan makaroni dengan sekata.
  • Susunkan kepingan chesdale di atasnya atau taburkan mozarella cheese dan biarkan cheese tu mencair.
  • Biarkan atas dapur dan masak selama 20-30 minit. 
  • TIPS - jangan lupa terbalikkan dalam 5-10minit pertama untuk pastikan pembakaran sekata.

GAMBAR BILA DAH LETAK KESEMUA BAHAN. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TARAAAA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Slurpppppp, menyelerakan tak? 

Anyway nanie minta maaf tak sempat nak capture gambar menu Baked Makaroni Cheese yang da siap. Sebab anak buah serang time berbuka puasa time tu. hehe

Sharing is caring. Semoga ilmu resipi ini dapat mengikat perut insan yg disayangi. Nanti siapa2 yang dah siap,  tag nanie dalam FB or Instagram. Assalamualaikum. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, July 30, 2013

RESIPI #DAPURNANIE: NASI AYAM SEDAP DAN MUDAH..

Assalamualaikum. selamat sejahtera.


Entry masak2 ni da lama nanie tinggalkan. Last 2 weeks, berbuka puasa dengan keluarga sangatlah menyeronokkan. Jadi masing2 buat POTLUCK. Macam nanie ditugaskan masak MAIN DISH.. 

NASI AYAM..


Mula2 mak cadangkan masak nasi tomato, tapi disebabkan kepingin nak makan nasi ayam, nanie ikut citarasa nanie la. hahaha

Nanie memang guna style masak nasi ayam yg simple. Alhamdulilliah keluarga SUKA, keluarga cakap SEDAP. hihi Yang paling rasa terharu kakak suka dengan sos yg nanie reka cipta. Jadi  time berbuka puasa jugalah berlakulah pertukaran resipi. kihkih


Masak dengan jiwa memang menghasilkan nasi ayam yg terbaik. Lagi dengan puasa tak boleh nak rasa, memang ikut gerak hati garam, gula semua tu. 

Tips mudah  

Bila memasak, selawat dan baca doa ketika basuh sayur, ayam, dan masak nasi. Kerana makanan akan jadi darah daging kita ^_^



**********************


RESIPI? terlebih dulu, nanie minta maaf nanie bukan chef terhebat. Serius masak nasi ayam lagi syok dari masak nasi dengan lauk2. Even nasi ayam nanie agak complicated sikit, sebab kebanyakan air yang nanie gunakan adalah air rebusan ayam

Nasi 



beras basmathi*basuh dan toskan
Air rebusan ayam
*bawang besar (blend)
*bawang putih (blend)
*halia (blend)
buah pelaga, kayu manis, bunga lawang (bahan penumis)
mentega / planta
pewarna kuning 
kiub ayam *jika perlu
daun pandan
Garam dan gula


  • Tumis bahan penumis dengan planta bersama bahan yg telah diblend. 
  • Bila dah wangi dan agak garing, boleh masukkan beras dan air rebusan ayam dan kiub utk menambah rasa.
  • Bila da mendidih sikit, boleh masukkan pewarna, daun pandan dan garam gula.

Ayam 



1 ekor ayam - bersih dan potong ikut size yg diperlukan
Halia *blend
Bawang putih *blend
Bawang merah *blend
Sos tiram
Kicap manis
Madu *jika perlu
garam , gula


  • Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit ke 2 jam.
  • Goreng ayam panas2 lagi sedap. syokkkk wooo..
Sambal Cili


cili merah
cili padi 
cili sos
cili tomato *jika perlu
bawang putih *blend
halia *blend
garam 
gula
 air rebusan ayam 

  • Blend cilipadi merah, cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam, cili tomato dan cili sos secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  
Sambal Kicap



  • Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Tambah kicap, garam, gula untuk bagi lagi umppphhh. Angkat.


HASILNYAAAAA, Taraaaaaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NASI AYAM #cookwithlove #homemade #dapurnanie


P/S kalau ada yg terror masak, nanie minta maaf. Ini memang nasi ayam sedap dan mudah versi nanie. Kalau nak rasa nasi ayam nanie, jemputlah datang rumah nanti. wink2 ^_^

Assalamualaikum, selamat berbuka puasa..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, April 21, 2013

MENU MINUM PETANG / KUDAP2..

As salam.. selamat sejahtera..

Simple review - nak delete gambar2 yg ada dalam tab dan HP. hahah saje2 nak bagi inspirasi kepada wanita yg tak berapa pandai masak, tapi ada niat nak belajar / majukan diri dalam bidang masak memasak ni. hihi

ini contoh menu2 yg pernah nanie masak utk minum petang atau kudap2 biasa je. ni sebahagian yg sempat nanie ambil gambar, yg lain selamat berenang dalam perut.. Takde special sangat.

Popia ketam - nanie reka dan menjadi popia favourite family
mini roti john - rasa macam jual kat bazar taw. hehe
nugget corn and chezzy potato wedges.. goreng aje..
pulut + mangga manis.. resipi copy paste mak nanie.. hehe
kalau rasa malas nak goreng, potong buah, jadi ala2 rojak buah..
ni pun sama, potong mangga manis cicah kuah rojak. awesome~



dan dalam banyak2 menu / juadah, inilah FAVOURITE nanie  

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PUDING ROTI 

Puding roti kukus.  SEDAP DAN MUDAH

Bila nanie share dalam IG (instagram), ada kawan2 yg berminat nak belajar.. Hasilnya pertukaran resipi.. Mudahkan zaman teknologi sekarang ni.. Kalau rasa nak belajar sesuatu yg baru tanya je kawan2, atau google.. 

Hasil kawan2 yg ambil resipi dari nanie. hehe

ni dari junior KPMM.. tq syg..
ni pula dari kawan FB.. terima kasih :)
p/s jadi wanita ni kena kreatif, kena pandai reka cipta apa barang yg ada kat dapur. Kadang2 bila main campak2 ni, memang best. janji selera itu kena dgn tekak sendiri dan orang yg nak makan nanti. haha

ada ke yg nak resipi mudah Puding roti kukus? pm la nanie dlm FB atau calling2 je. 

semua masakan ada dalam entry dapur nanie


Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails