SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, July 29, 2013

MENUNAIKAN UMRAH DI USIA MUDA..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Hati ini betul2 nak menunaikan umrah. Serius, bukan main2 dah. 

Subhanallah, nanie rasa cemburu dengan kawan2 yg dah menjejakkan kaki ke tanah suci. Orang kata cemburu benda kebaikan adalah lebih baik dari pada cemburu dengan benda yg sia-sia.



Tahun ini terlalu banyak ujian Allah turunkan. Hanya rakan terdekat dan keluarga je yg tahu apakah ujian itu. Anggaplah ujian Allah untuk nanie sebagai mematangkan kehidupan (perasaan nanie) dan inilah dinamakan takdir Allah.

Ya, memang bukan harta benda yang boleh buat kita bahagia. Kerana kadang-kadang bila kita ada segalanya,masih ada kekosongan dalam jiwa, masih resah yang tak bertanda, dan rasa yang tak terubat dengan harta benda. 

Akuilah bahawa bukan kebendaan yang membuat kita bahagia. Tapi DIA aAllah SWT). tanyalah diri, bila kita buat segala-segalanya untuk mendapatkan semua yang kita suka,sehingga kita membelakangkan DIA, maka akankah kita bahagia akhirnya? Allahurabbi~

***********************

Actually, nanie saja simpan gambar anak buah nanie, yang masih belajar sekolah menengah, tetapi Allah izinkan dia pergi ke sana tahun ini (2013). Ya, anak buah nanie pergi naik flight seorang tanpa ditemani mama papa dia.


Salute... kecekalan dan kesabaran anak buah, memang nanie kagum. Kadang-kadang rasa malu dengan dia, sehari tak baca Alquran, resah dirinya. Solat tak pernah tinggal dan lebih suka berjemaah dari solat seorang diri. Paling terharu sanggup berjalan kaki dari seolah ke pusara datuk (ayah nanie) seorang diri semata2 nak sedekah Yasin dan Al-Fatihah.

Benar kata orang lama - melentur biarlah dari rebungnya. Ibu bapa mana nama tak berbangga, dengan syarat kena dengan cara dan masa, contohnya cara didikan agama dari kecil membuahkan hasil ^_^


Allahuakbar.

**************************

Ucu doakan Eman dimurahi rezeki, berjaya dunia akhirat, diberi kesihatan yg sempurna, jadilah anak yg soleh dan taat pada mama papa. Belajar bersungguh-sungguh dan pastikan dapat keputusan SPM dengan cemerlang.


p/s doakan nanie, sekarang sedang berusaha memantapkan rohani dan iman agar tidak terpesong ke jalanNYA. Doakan nanie dimurahi rezeki dan diberi kesempatan utk menunaikan umrah.

next entry - syarat baru untuk wanita menunaikan umrah. Ketat sangat demi keselamatan wanita. tunggguuuuu!!! :-(
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. rezeki anak buah Nani untuk sampai ke rumah Allah..

    InshaAllah satu hari nnt doa & impian Nani akan termakbul.. aminnn :)

    ReplyDelete
  2. @zazamymoon - sis, insyaallah semoga allah beri rezeki ini dan nanie teringin sangat nak pergi :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails