Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
Hari ni nanie nak share tempat kedai makan SEAFOOD yang murah dan sedap.. Actually memang da lama planning utk makan seafood. Tapi masa dan kenderaan tak mengizinkan. Yela, nanie takde kereta lagi, belum ada budget lagi. Doakan nanie dapat beli kereta by next year ye..
Jadi, bila dah plan tu, memang kena pergi juga la kan? kan?
**********************
TIPS UNTUK DATANG KE RESTORAN SENANDUNG MALAM
1) Pergi singgah pasar Bagan Lalang yang tak jauh dari restoran itu. Pasar itu belah kanan. Kenapa nanie kata kena pergi Pasar dulu. Sebab hari tu nanie pergi pasar beli ketam untuk mak nanie murah sangat.
**Yang paling penting SEGAR dan nampak penjual sangat ikhlas menjual. Mereka siap letak dalam ais untuk pastikan ketam dalam keadaan baik.
2) Beli seafood di pasar dan minta restoran tu tolong masakkan je. Murah dan jimat duit. Dan sila beritahu dengan penjual tu, yang korang nak makan kat restoran. Sebabnya nanti penjual tu akan tolongkan siangkan seafood / ikan. ngee Bijak tak? pandai tak?
3) Bila da sampai itu terus datang ke kedai. Kalau rasa macam malas, korang WAJIB Reserve atau booking dulu tempat duduk korang sebab dalam pukul 6.30pm akan FULLY BOOKED.
Phone number:
017-3432908 (Ayie)
013-3849368 (Along)
********************
AKTIVITI SEBELUM MENTERNAK LEMAK.
Kalau makan kat tepi pantai, tak sah lah kalau tak ambil gambar. Yela nak dijadikan kenangan dan panduan masa depan. haha
Jalan-jalan makan angin. Menghirup angin yg sepoi2 bahasa. cewahhhh.. |
Kami kuat makan tau..lalalalala |
*********************
MENU UTK 5 ORANG
Ikan siakap masak sweet sour
Sotong Goreng Tepung
Pepahat masak sambal telur
Ketam masak pedas
Telur dadar
Sayur kailan
Air Teh O limau ais - 1 jug
Ikan siakap dia memang AWESOME. Sos dia memang sedap dan rasa macam nak tanya resipi dia. Serius so far ini menu favourite nanie :) |
Sotong goreng tepung. Ini pun sedap dan rangup. Rasa rugi ambil seekor je. Kena repeat pergi lagi ni. |
Ketam masak pedas, yang ini ketam dia memang fresh cuma kuah dia agak masin sedikit. hehe |
Telur dadar dan sayur kailan sebagai lauk sampingan.. ngee |
Sambal kicap dia perghhhhhh.. sedap dan pedas. nyam2.. |
***************************
LOKASI RESTORAN SENANDUNG MALAM, BAGAN LALANG
Alamat
Restoran Senandung Malam
Pantai Bagan Lalang, Sepang
Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"
TOTAL = RM71.30. Macam murah je. Macam sedap je.. Yeayyyy, kenyang perut suka hati.. |
Selamat mencuci mata..
p/s kalau rasa terliur cepat pergi terjah kedai seafood ni.. hahaha
Published with Blogger-droid v2.0.10
mmg murah kan nani.. dah nama pun tempat dia.. mmg lah kita rasa jakun sebab murah hehehe
ReplyDeletehehehe.. murah tu satu. yang penting SEDAP kak.. meleleh air liur tengok gambar sendiri. haha
Deletememang terliur nengoknya kak:)
ReplyDeletetq 4 this entry,hihi
ehem2.. sedap kan syg. datang la kedai tu nanti ye. hehe
DeleteKirenye byr utk upah masak je la erk..
ReplyDeleteYUPP bayar upah masak je... tapi jangan la semua beli kat pasar. beli la jugak dari kedai tu sebagai sampingan. hehe
DeleteWah...sungguh menyelerakan. Macam2 ada...betul2 makan ni. ")
ReplyDeletep/s: Jawapan persoalan, Jika puasa 9 & 10hb, tak perlulah puasa 11hb, tapi kalau mula berpuasa 10hb eloklah sambung pada 11hb...supaya puasa kita berbeza dr kaum Yahudi yg berpuasa hanya pada 10hb Muharram. Selamat berbuka...
Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/dilema-puasa-sunat-9-10-muharram.html
alhamdulillah, memang menyelerakan..
Deletep/s alhamdulillah nanie da puasa semalam dan hari ini sedang berusaha. insyaallah, smoga allah makbulkan puasa ni.
salam.. sis..
ReplyDeletedtg melawat.. kedai ni dekat bagang lalang..penang ke??
kat area RNR. pantai bersih ke?
ehhh bukan penang la. kat sepang je.. pantai boleh tahan. tapi ramai yg datang memancing. hehe
DeleteYa Allah....mmg entry nih lah umi Qi suka...entry makan2 hahahha...murah lah nurul...mesit kna pi ni nanti ada masa...terima kasih ye buat review...leh amik no hp nak booking kan...cayalah nurul...semua makanan tuh berjaya buat umi Qi kena terjah sana hahahha
ReplyDeletealhamdulillah. akhirnya entry ni berjaya menambat hati umi Qi. hehe
Deleteselamat terjah ke restoran tu. wiwiwiw
tak ajak pun...sedih ni
ReplyDeletenapa sedih,? hehe
Delete