SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

FOOD REVIEW : OCEAN HAUZ UKAY BOULEVARD ULU KLANG (MAKAN ATAS MEJA TANPA PINGGAN)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Awal bulan lepas, Saja la n pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di UK Boulevard. Pernah kecoh kat media sosial pasal makan seafood berloggok atas meja takde pinggan mangkuk sebab makan lapik kertas jer. Biasalah setiap restoran mesti ada keistimewaan masing2. Ade review yang kata bukan budaya kita.  Tapi ada yang wat lek wat peace je. Actually, semua pendapat tu terpulang pandangan masing-masing.. 


Bagi pendapat nanie, benda ni takde isu pun. Bukan apa, sebab kita makan tu masih lagi beralas. Masih lagi beradab sebab meja pun bukan kongsi ramai2, 1 meja tu hanya untuk kita, bukan bercampur dengan orang lain pun. Yang paling menarik, bila kita makan ramai2 ratah seafood macam tu dengan keluarga dan teman-teman, terasa keakraban tu. weeehuuu!!


KAT MANA? OPERATION HOUR PUKUL BERAPA?

Nanie try makan di Ocean Hauz ni dibuka dari pukul 

5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat)
3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad). 


MACAM MANA ORDER DI OCEAN HAUZ?
  • Mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. 
  • Lepas itu, letak seafood atas tray dan pergi kat cashier.
  • Cashier akan timbang dan bayar. 
  • Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja.  



PILIHAN SOS UNTUK MENU DI OCEAN HAUZ

Korang boleh pilih nak masakan macam mana. Favourite nanie Lemon Butter & Garlic Pepper.  Tolonglaaaaa beli jagung manis dan brocoli dia, sememangnya segar dan rasa sos kuning dia memang mengancam.

Dijamin HALAL

Bagi pengunjung beragama islam, korang tidak perlu risau dengan status makanan di Ocean Hauz kerana restoran adalah 100% diusahakan oleh orang islam dan dijamin HALAL ^_^


PELIK TAPI BENAR

  • Korang akan di beri Apron akan disediakan oleh Ocean Hauz, jadi jangan risau kuah terpercik kena baju, nanti kotor pula.
  • Alas kertas itu make sure kertas yang licin tu kat atas ya, sebab xde la serap kuah atau minyak dia.
  • Untuk yang makan makanan laut yg berkulit keras macam ketam, korang akan diberi alatan untuk mengetuk. Jangan pula bertukang kuat2 sangat pula nanti ye. hehe


 CAWANGAN OCEAN HAUZ

Ukay Boulevard Ulu Klang 
Phone No  : 03-41625177

Sec 8 Bdr Baru Bangi 
Phone No  : 03-89123971 

Vista Alam Sec 14 Shah Alam
Phone No  : 0355235651

P/S Pelik ke? Nak rasa bagaimana makan tanpa pinggan? Korang boleh datang ke Ocean Hauz. Sediakan duit dan perut sebab ada tawaran menawarkan pelbagai pilihan makanan laut.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, January 30, 2014

RESTORAN AROMA IKAN BAKAR, JERAM KUALA SELANGOR

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Maaf atas kelewatan dan dah lama betul nanie tak update blog. Ini entry nanie awal Jan tapi sebab kekangan masa tak sempat nak update.

Last time masa ke Kuala Selangor sempat singgah Jeram utk makan ikan bakar for dinner. Sebelum sampai di restoran, kitaorg ada singgah 


Kitorg ke sana awal, dlm kul 5.30pm dah smpai. Tapi make sure korang book awal-awal sebab selalu akan penuh.


Nombor telefon untuk booking  : 
017 – 3163117 (En. Naim)
019 – 2084452 (Pn. Hazura)


KEUNIKAN RESTORAN AROMA IKAN BAKAR JERAM

Boleh makan di bawah pondok di tepi pantai.
Dapat beromantika bersama keluarga sambil tengok sunset.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAPI.. TAPI.. TAPI..


Kalau nak makan kat pondok2 ni, kena sewa RM20 utk pondok yg betul2 tepi laut, kalau pondok yg  jauh sikit dari pantai, RM10. Tapi di ingatkan untuk makcik pakcik akak abang yang sakit kaki tak digalakkan sebab kena duduk bersila.. :)

See, siap posing-posing tepi pantai sebelum menjamu selera. hihi
Tapi disebabkan mak dan kakak nanie sakit kali dan mereka tak selesa nak bersila, jadi kitorang makan kat meja biasa jer. 

MENU PILIHAN
Ikan siakap masak tiga rasa
Sotong goreng tepung
Ikan kerapu masak stim
Ketam masak lemak
Sayur cendawan masak sos tiram
Telur dadar
Tomyam campur

DESSERT
Ais krim goreng. sedap :)



*************************

KESIMPULAN

  • Tempat makan luas, siap lengkap dgn surau lagi. Selesa la nak makan..
  • Suasana makan pun selesa sebab boleh memilih bawah pondok atau tempat biasa.
  • Harga berpatutan dgn suasana dan seafood yg fresh. 

RECOMMENDED


Alamat : Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 
Pantai Jeram, 45800 Jeram, 
Selangor

GPS coordinates:
N3° 13' 33.45"
E101° 18' 19.61"


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 14, 2013

SEAFOOD MURAH DI BAGAN LALANG (RESTORAN SENANDUNG MALAM)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Hari ni nanie nak share tempat kedai makan SEAFOOD yang murah dan sedap.. Actually memang da lama planning utk makan seafood. Tapi masa dan kenderaan tak mengizinkan. Yela, nanie takde kereta lagi, belum ada budget lagi. Doakan nanie dapat beli kereta by next year ye..

Jadi, bila dah plan tu, memang kena pergi juga la kan? kan?

**********************
TIPS UNTUK DATANG KE RESTORAN SENANDUNG MALAM

1) Pergi singgah pasar Bagan Lalang yang tak jauh dari restoran itu. Pasar itu belah kanan. Kenapa nanie kata kena pergi Pasar dulu. Sebab hari tu nanie pergi pasar beli ketam untuk mak nanie murah sangat. 

**Yang paling penting SEGAR dan nampak penjual sangat ikhlas menjual. Mereka siap letak dalam ais untuk pastikan ketam dalam keadaan baik.

2) Beli seafood di pasar dan minta restoran tu tolong masakkan je. Murah dan jimat duit. Dan sila beritahu dengan penjual tu, yang korang nak makan kat restoran. Sebabnya nanti penjual tu akan tolongkan siangkan seafood /  ikan. ngee Bijak tak? pandai tak?

3) Bila da sampai itu terus datang ke kedai. Kalau rasa macam malas, korang WAJIB Reserve atau booking dulu tempat duduk korang sebab dalam pukul 6.30pm akan FULLY BOOKED. 

Phone number: 
017-3432908 (Ayie)
013-3849368 (Along)

********************

AKTIVITI SEBELUM MENTERNAK LEMAK. 

Kalau makan kat tepi pantai, tak sah lah kalau tak ambil gambar. Yela nak dijadikan kenangan dan panduan masa depan. haha 

Jalan-jalan makan angin. Menghirup angin yg sepoi2 bahasa.
cewahhhh.. 
Kami kuat makan tau..lalalalala
*********************

MENU UTK 5 ORANG
Ikan siakap masak sweet sour
Sotong Goreng Tepung
Pepahat masak sambal telur
Ketam masak pedas
Telur dadar
Sayur kailan 
Air Teh O limau ais - 1 jug

Ikan siakap dia memang AWESOME.
Sos dia memang sedap dan rasa macam nak tanya resipi dia.
Serius so far ini menu favourite nanie :)

Sotong goreng tepung. Ini pun sedap dan rangup.
 Rasa rugi ambil seekor je. Kena repeat pergi lagi ni.

Ketam masak pedas, yang ini ketam dia memang fresh
cuma kuah dia agak masin sedikit. hehe



Telur dadar dan sayur kailan sebagai lauk sampingan.. ngee
Sambal kicap dia perghhhhhh.. sedap dan pedas. nyam2..
***************************

LOKASI RESTORAN SENANDUNG MALAM, BAGAN LALANG

Alamat
Restoran Senandung Malam
Pantai Bagan Lalang, Sepang

Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"

TOTAL = RM71.30.

Macam murah je. Macam sedap je.. Yeayyyy, kenyang perut suka hati..

Selamat mencuci mata..

p/s kalau rasa terliur cepat pergi terjah kedai seafood ni..  hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.10
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails