SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, May 12, 2014

SAMBUT HAPPY MOTHER'S DAY HARAM??

assalamualaikum. selamat sejahtera..

Nanie just nak share beberapa soal jawab dan research dari buku dan internet. Walaupun cerita ini minggu lepas, tapi tetap nak share untuk maklumat semua.


Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu
Soal: 
Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? 
Apakah tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): 
Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. 

Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. 

KESIMPULAN
Tiada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu. Nawaitu atau Niat yang penting. bagi nanie dan keluarga, hari-hari hari ibu buat kami.

Selamat Hari Ibu kepada semua ^_^


TEASER SPECIAL CELEBRATION FOR MAK ON LAST WEEK





Tunggu nanie cerita ke mana nanie pergi.. yeehhaaaaa :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails