SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, October 12, 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI BOAT NOODLES TIMES SQUARE..

Assalamualaikum.

Ingat tak entry sebelum ni, nanie bawak anak buah yang FIRST TIME naik public transport? Tak baca lagi, meh sini baca DI SINI

Maybe ada pembaca atau blogger luar dari KL, yang nak tahu apa yang ada di Times Square, meh sini nanie cerita..

TEMPAT MENARIK DI TIMES SQUARE KUALA LUMPUR?
  • Syurga shopping untuk wanita - Nanie suka datang sini sebab tempat ini jual baju, skirt, tudung yang trendy dan berpatutan  
  • Ada kedai buku Borders - kalau nak lepak lama2 di borders kat sini best, sebab takde org...jadi kerusi empuk tue selalu jer free....boleh ler baca magazine n books dgn tenang
  • Believe it! Dalam shopping complex ni ada indoor  Times Square Theme Park.
  • Entertainment - ada GSC Wayang, ada Ampang Superbowl, ada Escape Room dan macam2 lagi
  • Makanan - banyak restoran Asian, Fusion, Western dan  Fast Food. Paling menarik hati ialah Boat Noodle dan Big Spoon
**************************

BOAT NOODLE, TIMES SQUARE

Ini kali ke empat nanie cuba makan Boat Noodles. Sebelum ni , nanie pernah cuba makan di Boat Noodle di Publika. Jom baca ENTRY INI

MENGAPA MI DALAM MANGKUK KECIL

Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang yang mi boat di atas perahu yang kecil. Dia merupakan satu-satunya perniaga kecil yang mempunyai kebolehan melakukan semua kerja seorang diri seperti dayung perahu, membuat mi, buat sup, dan pelbagai lagilah demi melariskan jualan mi sampannya. 

Oleh itu, bagi pemuda tersebut, agak sukar bagi dirinya untuk melakukan kerja sekiranya mangkuk mi sampan itu terlalu besar. Malah akan menyusahkan para pembeli untuk makan mi sampan di atas tanah yang kemungkinan besar boleh tertumpah mi tersebut. Sebab itu pemuda tersebut memilih mangkuk yang kecil dan memudahkan bagi semua pihak.


Lokasi Boat Noodles di Time Square ni di tingkat 2 (berhampiran Elianto)
Besebelahan dengan Big Spoon
Seperti yang ramai tahu, kalau pegi Boat Noodle tak sah kalau tak menunggu. Jadi sementara menunggu tu, korang boleh posing di sini. Lanskap kehijauan yang cantik ni dan berhampiran dengan Boat Noodle
Sebahagian daripada menu, nampak tak mi mangkuk dah bertingkat-tingkat. Itu ada lagi makanan tak sampai lagi. hehe

Recommended makanan di sini 

  • Mi mangkuk RM1.90 - ada  2 jenis mi dan 2 pilihan samada nak ayam atau daging.
  • Kra-Pow - Nasi putih bersama telur mata dihidangkan dengan ayam cincang yang sedap dan menyelerakan 
  • Ka Num Tuay - dessert RM1 pembuka selera. Rasa sepeti tepung pelita. 
  • Minuman - Ice Blended Thai Tea / Iced Thai Tea - sedap gileee, kawww dan sememangnya menyegarkan. Rasa sekali tak cukup mesti nak tambah lagi
SELAMAT MENCUBA. 

p/s Nanie tak pernah jemu makan di Boat Noodle sebab Teh Ais dia tu boleh buat termimpi-mimpi. haha



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. teringin jugak nak gi boat noodles ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti satu hari ALLAH IZINKAN, awk pergi sama family ye :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails