SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label boat noodle. Show all posts
Showing posts with label boat noodle. Show all posts

Monday, October 12, 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI BOAT NOODLES TIMES SQUARE..

Assalamualaikum.

Ingat tak entry sebelum ni, nanie bawak anak buah yang FIRST TIME naik public transport? Tak baca lagi, meh sini baca DI SINI

Maybe ada pembaca atau blogger luar dari KL, yang nak tahu apa yang ada di Times Square, meh sini nanie cerita..

TEMPAT MENARIK DI TIMES SQUARE KUALA LUMPUR?
  • Syurga shopping untuk wanita - Nanie suka datang sini sebab tempat ini jual baju, skirt, tudung yang trendy dan berpatutan  
  • Ada kedai buku Borders - kalau nak lepak lama2 di borders kat sini best, sebab takde org...jadi kerusi empuk tue selalu jer free....boleh ler baca magazine n books dgn tenang
  • Believe it! Dalam shopping complex ni ada indoor  Times Square Theme Park.
  • Entertainment - ada GSC Wayang, ada Ampang Superbowl, ada Escape Room dan macam2 lagi
  • Makanan - banyak restoran Asian, Fusion, Western dan  Fast Food. Paling menarik hati ialah Boat Noodle dan Big Spoon. 
**************************

BOAT NOODLE, TIMES SQUARE

Ini kali ke empat nanie cuba makan Boat Noodles. Sebelum ni , nanie pernah cuba makan di Boat Noodle di Publika. Jom baca ENTRY INI

MENGAPA MI DALAM MANGKUK KECIL

Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang yang mi boat di atas perahu yang kecil. Dia merupakan satu-satunya perniaga kecil yang mempunyai kebolehan melakukan semua kerja seorang diri seperti dayung perahu, membuat mi, buat sup, dan pelbagai lagilah demi melariskan jualan mi sampannya. 

Oleh itu, bagi pemuda tersebut, agak sukar bagi dirinya untuk melakukan kerja sekiranya mangkuk mi sampan itu terlalu besar. Malah akan menyusahkan para pembeli untuk makan mi sampan di atas tanah yang kemungkinan besar boleh tertumpah mi tersebut. Sebab itu pemuda tersebut memilih mangkuk yang kecil dan memudahkan bagi semua pihak.


Lokasi Boat Noodles di Time Square ni di tingkat 2 (berhampiran Elianto)
Besebelahan dengan Big Spoon
Seperti yang ramai tahu, kalau pegi Boat Noodle tak sah kalau tak menunggu. Jadi sementara menunggu tu, korang boleh posing di sini. Lanskap kehijauan yang cantik ni dan berhampiran dengan Boat Noodle
Sebahagian daripada menu, nampak tak mi mangkuk dah bertingkat-tingkat. Itu ada lagi makanan tak sampai lagi. hehe

Recommended makanan di sini 

  • Mi mangkuk RM1.90 - ada  2 jenis mi dan 2 pilihan samada nak ayam atau daging.
  • Kra-Pow - Nasi putih bersama telur mata dihidangkan dengan ayam cincang yang sedap dan menyelerakan 
  • Ka Num Tuay - dessert RM1 pembuka selera. Rasa sepeti tepung pelita. 
  • Minuman - Ice Blended Thai Tea / Iced Thai Tea - sedap gileee, kawww dan sememangnya menyegarkan. Rasa sekali tak cukup mesti nak tambah lagi
SELAMAT MENCUBA. 

p/s Nanie tak pernah jemu makan di Boat Noodle sebab Teh Ais dia tu boleh buat termimpi-mimpi. haha



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, March 4, 2015

JOM MAKAN DI BOAT NOODLE, HARGA RM1.90 SEMANGKUK.

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Siapa penah makan BOAT NOODLE? Rasanya restoran ni dah menjadi viral dalam laman sosial. Kalau nampak orang ambil gambar mangkuk yang bertingkat-tingkat, itulah Boat Noodle. hihi


Actually, nanie pergi Boat Noodle ni dengan my sister. Dia teringin sangat nak pergi makan kat sini. Jadi, dah alang-alang nanie cuti, nanie terus ajak and ni memang plan mengejut. Nanie pergi ke Publika, itu pun ikut waze. Demi Boat noodle, kami sanggup sesat. haha

Jadi, kalau dah mengejut tu, korang kena be prepared la. Sebab selalunya akan kena beratur panjang, tapi akan ada staff yang akan ambil nama korang untuk masukkan dalam waiting list. 

FAKTA BUKAN AUTA
Menu dalam restoran ni menawarkan rice noodle dengan 2 jenis kuah. Satu soy sauce (masin pedas sikit) tapi sangat best. Satu lagi kuahnya agak manis. Nama pun pelik, tak reti nak sebut. Ada daging dan ayam. Saiz mee dalam satu hidangan sikit je. Dua kali telan, selamat masuk perut. 
Refer kat image ni untuk ketahui perbezaan sos yang digunakan
Inilah menu yang ada di boat noodle. Simple sahaja. Dan harganya hanya RM1.90 semangkuk. RM1.90??? murahkan?? biar betul!
PERUT KENYANG SUKA HATI.. Overall, makan kat sini memang puas. Service cekap dan cepat.
 Kami makan total 12 mangkuk + chicken wing + dessert. 

Yang paling menjadi favourite Thai Teh Ais dan Ice Brended Thai Coffee. Air dia memang menjadi igauan sampai sekarang. Paling best air dia dalam saiz besar. Sedap dan tak berapa manis. 

Burppppp!!! Alhamdulilah. Kenyang dan memang sangat menepati citarasa kami. Next time nak pergi lagi. Yang best harga yang dikenakan tidak ada langsung segala tax. i like!

RECOMMENDATION TO BOAT NOODLE
Satu je yang tak berapa berkenan tang mangkuk tu. Kebanyakan mangkuk yang dah sumpik masih digunakan. Harap boleh improve :)

 Berminat nak pergi? 

Ni alamatnya untuk Lokasi Boat Noodle di :

1.  The School @ Jaya One : P2 Floor
2.  Empire Damansara : G Floor
3.  Ikon Connaught : G Floor
4.  Publika : Block C5, G3
Opening Hours : 11am-9pm

p/s Nanie recommend korang cuba makan kat sini. Bawa keluarga atau datang dengan kawan-kawan. Korang challenge siapa boleh makan paling banyak. Haa.. mesti meriah dan best kan. Tapi masing-masing bayar sendiri-sendiri lah. hahaha

SELAMAT MENCUBA :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails