SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, September 5, 2017

#CUTI2MALAYSIA - NIPAH GUESTHOUSE, PULAU PANGKOR - GUEST HOUSE UNIK DAN MENDAMAIKAN..

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Update blog untuk trip bulan lepas ke Pulau Pangkor.

Nanie dapat macam DM berkaitan guest house / chalet yang nanie pilih, jadi di kesempatan ini, nanie ambil peluang review sebagai panduan bersama..


DATE : 5 & 6 AUG 2017
NIPAH GUESTHOUSE
PULAU PANGKOR

2D1N (Aktiviti Santai)

Masa nanie plan nak pergi holiday dekat Pangkor, ada jugak review homestay atau chalet lain, tapi disebabkan nak kan kelainan dan keunikan, Nanie buat pilihan stay di Nipah Guest House ni.

APA YANG KORANG PERLU TAHU TENTANG NIPAH GUEST HOUSE

  • Selalu full sebab guest house tak banyak. Nanie cuba nasib je email  dan lagi 2 minggu nak pergi. Dont worry, fast response email. So, first come first serve :)
  • Owner (Puan Alia & Encik Anuar) yang peramah dan baik hati. Menyambut kehadiran dengan senyuman. Kadang2 breakfast pun dengan tetamu. Siap borak2 mcm kawan2...
  • BREAKFAST - Cook By Yourself. AdA di sediakan telur (seorang 2 biji), sosej (seorang 2 ketul), adunan pancake, roti (jem,peanut butter,butter), cake, buah dan nasi lemak. Nasi lemak memang da siap bungkus...die akan bagi sorg 1 bungkus. Nampak macam cheapskate dan pelik, tapi jangan risau memang kenyang sangat2. 
  • KEMUDAHAN PANTRY - Dia macam ala-ala dapur rumah kita la. Dia tak sediakan kat setiap bilik tapi kita boleh je ambil dari pantry. Ada freezer, air panas ,  coffee n tea (bancuh sendiri). Macam kat rumah, lepas guna cawan,  sila cuci balik
  • SWIMMING POOL - Ada boleh mandi tapi kalau boleh guna swimming attire,kalau takde dorang ada sewakan. Murah je harga tak sampai RM15 pun.
  • KEBERSIHAN - Kalau balik dari pantai dan badan basah kene lalu pagar kecik untuk laluan basah sebab kebersihan diutamakan, korang boleh bersihakn badan dan mandi shower di tempat disediakan. 
  • WIFI - Nipah Guest House nie ade wifi..boleh mintak password dgn Puan Alia sesm check-in..
  • KESELAMATAN - masa nanie booking Puan Alia ade tnya ade bawak budak kecik x sebab sesape yg ade bawak budak dorang x bagi  stay di cottage A-Frame ni sebab cottage nie ade tangga tuk ke loteng, tak sesuai untuk kanak2.
  • MESRA MUSLIM - Siapa2 yang couple belum berkahwin nak stay 1 bilik, memang dilarang sama sekali. Sebab time nak booking, dorang akan tanya lebih terperinci, ini kerana untuk menjaga batas2 agama Islam. 

Relax! Life is beautiful ❤ #cuti2malaysia

Perfect view. ☀Every day I feel is a blessing from Allah. And I consider it a new beginning. Yeah, everything is beautiful. #cuti2malaysia




Travel is fun. enjoy every moment!

BILIK
Ada 4 jenis, dah boleh pilih ikut kesesuaian






HARGA
Nipah Guesthouse mampu memuatkan 25 orang saja dalam satu masa. harga sebilik bermula daripada RM120 on weekdays, RM150 on weekends and RM180 on public holidays.

KESIMPULAN
Recommended duduk dekat sini.  Unik dan mendamaikan. 
Ada problem dengan bilik, jangan risay, korang boleh jer pergi jumpa Pn Alia or En.Anuar sebab dorang memang tinggal dekat situ juga (bilik depan sekali).. So better cepat2 kalau nak dah ada tarikh booking sebab slalu penuh.

Nipah Guesthouse Pangkor

Lot 4506, Teluk Nipah
32300 Pulau Pangkor

Mobile : +6017-506 9259 

Travels are the best way to learn. Wherever you go, go with all your heart ❤ #cuti2malaysia

SELAMAT BERCUTI 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

8 comments:

  1. Wahhh menyerlah betul setiap bilik dan kediaman hotel ni...akak banyak kali usya dah...one day ada rezeki leh jejak...tq sharing dear

    Miss u too !!!!

    ReplyDelete
  2. Nanie punya pilihan tempat bercuti semua best2 dan menarik! hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mana yg best kt kongsikan. Sharing is caring.

      Delete
  3. nipah guesthouse and masbro melaka owner yang sama ke? sebab konsep rumah segitiga tu.. btw baru follow sini..

    ReplyDelete
  4. Hallo, glad I found your blog. Thank you for the information. What a beautiful place. Have email the guest house for booking as what you did. Er.. but on payment side, requested to bank in RM 800 deposit. So the guest house memang require full payment for total day of stay kah? [kerana according to the email, it is first paid first confirm basis. fyi saya ambik RM400/ unit family cottage, peak season rate], 2 malam. Kerana considered jumlah yang banyak jugak untuk deposit, jadi nak tanya advise dari you as you stayed there before. Ini compulsory regulation kah. Thanks in advance ya :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails