Assalamualaikum. Selamat sejahtera..
Maaf atas kelewatan update blog. Masa terlalu pack, sehinggakan tak de masa nak singgah blog sendiri. kali ini Percutian Bajet yang nanie nak kongsikan tempat percutian di Melaka yang menarik, unik dan cukup istimewa untuk korang luangkan masa bersama keluarga tersayang
Family Gathering atau juga dikenali sebagai Family Day menjadi aktiviti pilihan setiap kali cuti panjang atau cuti sekolah. Macam keluarga nanie, biasanya nanie dan kakak sulung yang rajin dan bersemangat merancang aktiviti bagi memastikan hari keluarga ini berjalan dengan jayanya. Bukan susah pun sebab sekarang semua info di hujung jari je, dah siap plan terus send details dalam group Whatsapp keluarga. huhu
ITINERARY KE MELAKA
**********************
Alhamdulillah, ini cerita last year, tapi ramai sangat yang PM nanie dan whatsapp tanya pasal bungalow with private pool ni, nanie pon curik masa untuk update blog. Nanie akan share apa yg menarik dan ada di Melaka.
HOLIDAY POOL VILLA, A'FAMOSA, RESORT MELAKA
HARGA (Nanie pilih Abel for Muslim)
KENAPA PERLU BERCUTI DI SINI?
- Selesa dan cantik - kita akan tidur di sebuah banglo mewah di A’Famosa Resort Melaka, siap ada ‘private swimming pool’ untuk setiap unit.
- Pool Villa ini berkonsepkan ‘homestay’ untuk penginapan sementara.
- Kemudahan ada macam2. Unit banglo satu tingkat ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz sederhana. Parkir kereta khas juga disediakan untuk setiap unit. Alat penghawa dingin, TV Flat Skrin, dapur memasak, peti sejuk dsb turut disediakan.
private pool and bbq
Family day kali ini adalah kami mandi di kolam renang tanpa bercampur dengan penghuni lain. Ya la kan, kalau stay di hotel, kolam mandi tu kan kita mandi sama2, nanti nak jaga aurat lagi. Jadi agak terbatas kalau nak pakai seksi2. hehe
*************************************
WAJIB SINGGAH KALAU DI MELAKA
MISI JALAN2 CARI MAKAN & LOCAL TOURIST
- Coconut Shake
- Kuih Keria Limbongan
- Kuih Nyonya - Baba Charlie
- Kuih Udang
- Asam Pedas
- Freeport Afomaso Outlet Premium (FREE)
- Submarine Museum (RM3 per entrance)
- Medan Ikan Bakar Muar Sungai Duyung
Holiday Pool Villa ini terletak di Simpang Ampat, berdekatan dengan Free A’Famosa Outlet Mall. |
********************************
KESIMPULAN
Aktiviti Family Gathering dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara ahli keluarga. Semoga ikatan silaturrahim ini terus berpanjangan dan dirahmati olehNya.
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..