SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label baracuddas tour. Show all posts
Showing posts with label baracuddas tour. Show all posts

Monday, November 9, 2015

#TRAVEL2015 - TIPS SNORKELING UNTUK BEGINNER (JANGAN PANIK DALAM AIR)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Alhamdulillah.. percutian kami adik beradik selama 4 hari ke  Krabi telah berjalan dengan cukup baik. Alhamdulillah.. keadaan cuaca yang baik sangat menyebelahi kami. Terima kasih ALLAH. 

Entry sebelum ini di PHI-PHI ISLAND

Nanie bukan lah bagus  nak bercerita tentang tips snorkeling kan. Padahal itulah percubaan nanie kali ke dua, kali pertama ketika di Sabah. Itu pun tepi-tepi laut je. Hihi 

Matlamat sebenar nanie mahu ke Krabi ialah untuk merasai pengalaman bersnorkeling di tengah laut dan menikmati keindahan pulau-pulau kecil di Krabi.

Kalau di lihat dari review blogger, tidak banyak maklumat atau informasi yang menyeluruh bercerita tentang snorkeling untuk beginner seperti nanie. Jadinya bila nanie sendiri sudah merasai pengalaman itu, dapatlah nanie kongsikan tentang tips snorkeling pula.kihkih

Kalau perasan, semua gambar orang ni adalah beginner, masing2 baru nak betulkan google, mask. Bahaya!
Berseorangan di laut sangat BAHAYA! masalah kita adalah cepat panik bila dalam air.. 
Kesilapan dalam gambar ini, bila tak bernafas melalui mulut dan bila rambut tak diikat rapi. BAHAYA!

JADI BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH SNORKELING INI BILA PERTAMA KALI DI DALAM AIR? TERUTAMANYA UNTUK BEGINNER?

Jom baca TIPS SNORKELING MUDAH FAHAM untuk korang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Semoga dengan tips ini korang boleh gunakan dan rasa seronok bersnorkling nanti.. Ingat 
  1. jangan cepat panik bila tetiba rasa tak cukup nafas. 
  2. Jangan berjauhan dengan kawan. 
  3. Periksa dulu semua alatan snorkeling sebelum terjun dari bot. 
  4. Jika risau, berenang berhampiran tangga bot.


p/s  Nanie harap2 tips2 yang nanie kongsikan di sini serba sedikit dapat membantu.. Have fun!

ENTRY TIPS KE KRABI DENGAN PERCUTIAN BUDGET, CLICK SINI

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, November 5, 2015

#TRAVEL2015 KRABI - AKTIVITI DI PHI PHI ISLAND (BARACUDDAS TOUR)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Hari kedua, kami memilih pakej Phi Phi Island Tour via speedboat melalui agensi Baracuddas Tour dengan harga 1000Bht pakej full day (9 am to 4 pm). Pakej ini termasuk makanan tengahari (halal), air mineral,  dan buah-buahan. Google dan vest telah disediakan dengan aktiviti dua (2) kali snorkeling.

Dah baca tips mudah percutian budget ke Krabi, jika belum, TEKAN SINI
******************************
PERSIAPAN UNTUK KE ISLAND HOPING
Antara barangan yang harus dan logik dibawa untuk speedboat tour ialah:
  • Pakaian mandi [pakai siap-siap. Kalo nak fashion show, cover dengan beach wear di luar. Pasti anggun bergaya. Chewaaahh]
  • Selipar jangan pakai kasut bertali, pakai selipar tahan licin
  • Topi pantai  - Ada jual di Aonang Street
  • Sunglasses - untuk menghalang matahari, selain tu boleh elak silau sebenarnya bila atas bot. 
  • Sunblock - wajib pakai kalau tak nanti hitam legam (sunburn)
  • Towel - untuk lap-lap badan bila dah habis snorkeling dan mandi pantai
  • Tikar lipat - boleh buat alas duduk kat tepi pantai. Senang nak golek dan baring. Tikar banyak dijual di Ao Nang. Harga sekitar RM10 ke RM15
  • Water resistance bag / beg plastik. Supaya beg dan barang-barang dalam beg tak basah. Although beg ditinggalkan di dalam boat, tapi percayalah bila orang lain dan basah kuyup bila naik bot, tak pasal-pasal barang  kita pun basah juga.
  • Jajan/snack. Boleh kunyah-kunyah atau picnic tepi pantai. Tak pun bawa asam takut mabuk laut ke. hehe Air tak perlu sebab complimentary dalam package.
      SO HERE YOU GO!!

      PHI-PHI ISLAND

      Salah satu idaman orang yang ke Thailand adalah ingin jalan jalan ke Phi Phi Islands. Apa istimewanya? 


      FAKTA BUKAN AUTA

      Dalam bahasa Thailand disebut Koh Phi Phi ('Koh' berarti pulau), sebenarnya terdiri dari 2 pulau: 
      1) Koh Phi Phi Don 
      2) Koh Phi Phi Leh. 
      1) Phi Phi Don
      Jika ada yang cerita tinggal di Phi Phi Island, pastilah yang dimaksud adalah tinggal di pulau Phi Phi Don. 
      • Luasnya 28 km persegi, kebanyakan adalah hotel, restoran, serta toko-toko. 
      2)Phi Phi Leh
      Untuk menuju ke sini, kita dapat menyewa speedboat atau long boat dari Phi Phi Don.
      • Airnya yang berwarna hijau turqoise menambah indah pantai ini. Pulau Phi Phi Leh ini sebenarnya cuma seluas 6 km persegi, berupa pegunungan limestone yang materinya mengandung calcium carbonate, makanya air di sini berwarna kehijauan.
      • Maya Beach menjadi terkenal setelah menjadi lokasi shooting filem The Beach yang dibintangi Leonardo di Caprio.
      *****************************

      Trip Phi Phi Island korang akan dibawa ke Bamboo Island, Viking Cave, Loh Samah Bay, Pileh Bay, Maya Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don dan Hin Klang.


      Sightseeing : Viking Cave, Pileh Bay, Monkey Bay

      Swimming : Bamboo Island, Maya Beach, Lo Samah Bay

      Lunch : Phi Phi Don Island

      Snorkelling : 2 times --->  Hin Klang Phi Phi

      Tour includes : Meal, drink, fruits, insurance, snorkelling equipments

      ***************************

      Malas nak cerita banyak, korang tengok gambar-gambar yang sempat dirakam. 

      Ada dua boat, speedboat dan long tail bost. Tapi nanie naik speedboat. Cepat sikit sampai. hehe 
      Konon nak adventure duduk luar yang tak berbumbung. Bila matahari dah tegak, masing-masing menjerit kepanasan bila nak duduk

      First stop kami di Bamboo Island. Mandi manda di tepi pantai je
      Bersantai di atas tikar. Ohh lupa nak perkenalkan ini tour gude kami. Orang Islam dan sememangnya bole bercakap Melayu. Rasa senang nak berborak tanya sejarah Krabi

      Lepas tu singgah Monkey Beach. Then after mandi dan snorkelling, perut dan memanggil kelaparan. Kami singgah di Phi Phi Island
      Lepas lunch,, kami di bawa sighseeing. Ronda-ronda atas bot. Ni Viking Cave, dulu boleh masuk, sekarang dah tak boleh masuk ke dalam gua.
      'One room lagoon' Cuci mata sambil menghargai ciptaan Tuhan.

      Sesambil bot bergerak, sambil tengok permandangan yang cantik. Dinding tebing dia Subhanallah cantik sangat 
      Memang seronok tengok permandangan semasa di atas bot.
      Air laut memang jernih sepanjang perjalanan
      Rugilaahh tak dapat mengabadikan kenangan di atas boat.
      Kagum dengan kebesaran Allah

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
       KESIMPULAN DARI PHI PHI ISLAND TOUR 
      • Alam sekitar dan manusia adalah sahabat baik dan mesra alam.
      • Apabila alam sekitar yang bersih dan indah serta sedap mata memandang memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan hati nurani. 
      • Semai rasa CINTA dan menghargai kejadian alam yang dicipta Allah.
      • Nanie recommend sangat Baracuddas Tour kerana tour guide yang peramah, layanan istimewa dan mementingkan keselamatan.

      Dan gambar ini kami rakamkan di Maya Beach, tempat shooting Leonardo Decaprio. HAR'S FAMILY IN KRABI


      p/s Next nanie share gambar-gambar snorkelling nanie dan tips snorkelling dengan betul. Semua cerita tentang Krabi ada dalam ENTRY INI

      U LIKE @ NOT, UP TO U..
      www.tips-fb.com
      Related Posts with Thumbnails