SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

#TRAVEL VIETNAM - MAKANAN WAJIB CUBA DI HO CHI MINH (VIETNAM FOOD)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, baru ada kesempatan review entry Vietnam. Allahuakbar. Masa memang mencemburui nanie. Tpi takpe, nanie try curi masa dengan update entry #jalan2carimakan di bumi Vietnam.

Entry Tips pergi Vietnam DI SINI

MAKANAN TRADISI VIETNAM SEDAP, HALAL DAN WAJIB CUBA BILA KE HO CHI MINH


1) Vietnam spring roll

'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang' atau rice paper 'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.



2) Mi Pho ayam / Pho daging
Pho merupakan mie berkuah a la Vietnam yang isinya terdiri dari kuewtiow halus, rempah, dan hirisan daging, biasanya pho disajikan dengan menggunakan daging atau ayam. 

harga Mi Pho di kedai ini adalah VND55,000 sahaja...haaa murah kan?dan paling best sekali bila Mi Pho ni dimakan bersama cili kelapa hitam yang pedas dan sedapppp tuh!memang meletup-letup rasa dia dalam mulut...


Makanan yang sangat suka dimakan oleh orang Vietnam. Kalau pergi ke Pasar Ben Thanh pagi-pagi, boleh tengok para penjual pho susup sasap bawa dulang bermangkuk-mangkuk pho untuk dihantar di unit2 kedai di pasar tu.Takde makna roti canai nasi lemak bagai. Tu sebab diorang semua slim melim kot.

3) Kopi Vietnam
Ini minuman wajib setiap hari. Even lepas dah kenyang makan, mesti singgah dulu minum kopi OOZE yang sedap level tak ingat dunia punya nih! Nanie takleh kira berapa kali tah nanie beli kopi ni weh...sedap gila!


Penangan kopi ni, takleh tahannnn...Nanie beli kopi Vietnam atas motor jer dan sentiasa ada di area jalan depan hotel tu. Harga secawan kopi ais ni adalah VND20,000 sahaja atau leh bayar dalam RM sebanyak RM3. Murah dan sedap.


4. Kuih bingka & roti sardin (murtabak)
Jangan lupa makan kuih bingka ubi kayu dan juga mertabak kat Hjh Basiroh sebab memang sangat sedap! walaupun mahal tapi makanannya boleh tahan sedap siap ada aircond lagi. 😀

Bingka ubi dia memang lemak. Gigih kitorang tak sabar-sabar nak bawa balik bingka ubi ni. Padahal baru keluar oven panas-panas, mana boleh dipotong lagi. Beli 2 bekas. Satu bekas harga USD10. RM30 lebih tu. Tapi sangat berbaloi sebab sedap. Sanggup bawak naik flight gitu.


5) Steamboat vietnam
Menu kali ini adalah hasil belanja dari tour guide kami untuk hari terakhir. dia belanja set steamboat yang sememangnya sedap dan segar.
Ada macam2 isi, sotong, udang, cendawan, sayur-sayuran. Terasa refreshing makan sup panas2.
TERIMA KASIH SEMUA, entry terakhir nanie reveal siapa tour guide kami.. 
**************************

KESIMPULAN

Itu antara makanan menarik di Vietnam yang boleh korang cuba dan nikmati bersama keluarga. Waktu datang ke Vietnam, dah tak fikir kalori ke apa, kitaorang belasah je, bila balik baru menyesal sebab makan banyak sangat. hahaha

Terima kasih sudi baca blog ni, nak lebih details tentang Vietnam, click 

Entry 1 - Tips Percutian Budget versi Family ke Ho Chi Minh
Entry 2 - Tips Shopping Murah di Ho Chi Minh
Entry 3 - Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, March 30, 2016

FOOD REVIEW : OCEAN HAUZ UKAY BOULEVARD ULU KLANG (MAKAN ATAS MEJA TANPA PINGGAN)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Awal bulan lepas, Saja la n pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di UK Boulevard. Pernah kecoh kat media sosial pasal makan seafood berloggok atas meja takde pinggan mangkuk sebab makan lapik kertas jer. Biasalah setiap restoran mesti ada keistimewaan masing2. Ade review yang kata bukan budaya kita.  Tapi ada yang wat lek wat peace je. Actually, semua pendapat tu terpulang pandangan masing-masing.. 


Bagi pendapat nanie, benda ni takde isu pun. Bukan apa, sebab kita makan tu masih lagi beralas. Masih lagi beradab sebab meja pun bukan kongsi ramai2, 1 meja tu hanya untuk kita, bukan bercampur dengan orang lain pun. Yang paling menarik, bila kita makan ramai2 ratah seafood macam tu dengan keluarga dan teman-teman, terasa keakraban tu. weeehuuu!!


KAT MANA? OPERATION HOUR PUKUL BERAPA?

Nanie try makan di Ocean Hauz ni dibuka dari pukul 

5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat)
3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad). 


MACAM MANA ORDER DI OCEAN HAUZ?
  • Mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. 
  • Lepas itu, letak seafood atas tray dan pergi kat cashier.
  • Cashier akan timbang dan bayar. 
  • Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja.  



PILIHAN SOS UNTUK MENU DI OCEAN HAUZ

Korang boleh pilih nak masakan macam mana. Favourite nanie Lemon Butter & Garlic Pepper.  Tolonglaaaaa beli jagung manis dan brocoli dia, sememangnya segar dan rasa sos kuning dia memang mengancam.

Dijamin HALAL

Bagi pengunjung beragama islam, korang tidak perlu risau dengan status makanan di Ocean Hauz kerana restoran adalah 100% diusahakan oleh orang islam dan dijamin HALAL ^_^


PELIK TAPI BENAR

  • Korang akan di beri Apron akan disediakan oleh Ocean Hauz, jadi jangan risau kuah terpercik kena baju, nanti kotor pula.
  • Alas kertas itu make sure kertas yang licin tu kat atas ya, sebab xde la serap kuah atau minyak dia.
  • Untuk yang makan makanan laut yg berkulit keras macam ketam, korang akan diberi alatan untuk mengetuk. Jangan pula bertukang kuat2 sangat pula nanti ye. hehe


 CAWANGAN OCEAN HAUZ

Ukay Boulevard Ulu Klang 
Phone No  : 03-41625177

Sec 8 Bdr Baru Bangi 
Phone No  : 03-89123971 

Vista Alam Sec 14 Shah Alam
Phone No  : 0355235651

P/S Pelik ke? Nak rasa bagaimana makan tanpa pinggan? Korang boleh datang ke Ocean Hauz. Sediakan duit dan perut sebab ada tawaran menawarkan pelbagai pilihan makanan laut.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, February 19, 2016

FOOD REVIEW : DAGANG AVENUE FOOD COURT..

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Nanie saja nak share entry makan2 je kali ini.

Sape kat sini yang tahu tempat makan iaitu di Dagang Avenue Food Court

Fuhh, makan kat sini memang terbaik la. Sebab apa sebab macam-macam ada. 

Kalau nak makan Nasi Ayam - ADA


Kalau nak makan Tahu Bakar - ADA


Kalau nak makan Sate Ikan - ADA


Kalau nak makanan Western - ADA



Kalau nak makanan Thai - ADA

Kalau nak makanan Goreng-goreng - ADA

Kalau nak makanan Ketam Lembut - ADA

Kalau nak makan Takoyaki - ADA

Kalau nak makan Sup Gear Box - ADA

Kalau nak makan Yong Tau Foo - ADA

Kalau nak makan Char Kue Tiow - ADA

Kalau nak makan Burger Bakar - ADA

ohhhh syurga makanan oiiii. Sedap makan yang best la bagi nanie. First time nanie pergi dengan kawan, just makan western jer. Pastu rasa best, nanie bawak mak dan BFF nanie pergi sekali.  

Paling terbaru..

Kalau nak makan Pancake ala2 Krabi - ADA

Pancake Pisang + Nutella. Sedap sehingga menjilat jari

Terdapat 11 jenis perisa pancake antaranya:
  • Pancake Pisang + Nutella
  • Pancake Pisang + Milk
  • Pancake Pisang + Coklat
  • Pancake Pisang + Strawberry
  • Pancake Pisang + Cheese
  • Pancake Pisang + Madu
  • Pancake Pisang + Cheese + Egg
  • Pancake Pisang + Peanut Buter
  • Pancake Pisang Noah Special.
Harga di Pancake Krabi Noah Original antara RM 4- RM6
Ini paling laris. pancake telur dengan Chocolate campur nuttela.
TIPS
1. Make sure korang kena datang awal okey
2.Bawa duit lebih sikit sebab dapat merasai kepelbagaian makanan di bawah satu bumbung, datanglah ke Medan Selera Dagang Avenue.
3. Landmark - Galaxy Ampang dan Balai Polis Ampang Jaya

Address:
Dagang Avenue Food Court, 
Jalan B/3A, Taman Dagang,
68000 Ampang, Kuala Lumpur

Opening Hours:
start at 6pm - 1am

p/s Kalau korang berada berhampiran Galaxy Ampang lepas menonton wayang , boleh lah singgah di Food Court Dagang Avenue yang popular ni.. banyak pilihan makanan pada harga berpatutan... 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, February 17, 2016

FOOD REVIEW - D'FAMOUS ZUL MEE KARI (R&R ULU BERNAM)


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Kalau bercerita tentang mee kari, so far nanie rasa Mee Kari Zul  yang paling sedap, lazat dan menyelerakan. Asalnya nanie bukanlah peminat mee kari. 

Kalau korang balik dari Perak, Penang atau Langkawi, nanie suggest korang try test cuba makan Mee Kari ni. Kalau nanie, mesti nanie singgahlah nak makan mee kari ni.

LOKASI : R&R Ulu Bernam

GERAI : D' Famous Zul Mee Kari


REVIEW : 
Dah rasa sekali mesti nak lagilah..  Nanie siap boleh makan pukuL 1 pagi. Hebat tak hebat.. Lantaklah nak fikir kalori ke apa, janji bila dah sampai je R & R tu siap tak fikir kiri kanan, trus singgah kedai Zul Mee Kari tu. haha

RECOMMENDATION 
Kalau korang lalu kat R&R Ulu Bernam singgahlah makan mee kari mesti korang pun suka..Selain Mee Kari kedainya juga jual nasi campur. Sedap jugak sebab lauknya fresh. 



Kalau singgah ke R&R Ulu Bernam cuba lah Mee Kari Zul
Betul-betul Holiyau..

ALAMAT
Zul Mee Kari

Stall No.6, Hentian Sebelah Ulu Bernam,
PLUS Highway, 35900 Hulu Bernam, Selangor
Operation Hours: 24 hours daily
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails