Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
Ramai yang jadi teruja untuk ke Hong Kong, dan bertanya “how to”, “where to” dan segala macam maklumat yang boleh membantu mereka. Setelah mengalaminya sendiri, percutian di Hong Kong sebenarnya amat mudah dan menyeronokkan.
Nanie akan start share tentang The Peak. Kalau sesiapa yang ada belum baca tentang tips percutian budget di Hong Kong, Korang boleh baca dulu DISINI
*********************
DAY 1
The Peak merupakan puncak tertinggi di Pulau Hong Kong dan boleh dikatakan lokasi yang paling menarik untuk melihat pemandangan panorama kota Hong Kong. Pada siang hari kita akan melihat bangunan pencakar langit, kalau malam hari dapat melihat kilauan lampu dari bangunan tersebut.
Direction to The Peak by MTR train :
2. Dari Central Stesen, Exit J2
3. Naik tangga ke Ground Level
4. Belok kanan untuk ke Chater Garden
5. Jalan terus melintasi garden tersebut, korang akan nampak Bank Of China Tower sebelah kanan
6. Jalan terus ke hadapan melintasi traffic light dan terdapat sign di setiaoptraffic light junction
7. Just follow the sign seperti gambar di bawah dan korang akan jumpa The Peak Tram Entrance.
Beberapa gambar yang sempat nanie snap sebagai kenangan terindah dalam perjalanan ke The Peak
![]() |
| Jalan raya di Hong Kong. |
![]() |
| Berehat sebentar di Chater Garden, sebelum meneruskan perjalanan |
![]() |
| Ini lah signage yang boleh guide korang ke The Peak |
![]() |
| Fuyoooo, ramai orang beratur. Jadi sila beli tiket awal-awal dari Malaysia |
![]() |
| Inilah landasan tram yang akan membawa naik ke The Peak |
![]() |
| Gambar memori di The Peak |
TIPS
- Harga - Kalau beli tiket di sana Entrance Fees Combo 3 in 1 ( Madame Tussauds Admission + Return Peak Tram + Sky Terrace) iaitu RM 140. Tapi disebabkan nanie baik hati, nanie bagi satu agent di Malaysia yang bagi murah. Sila terjah agent StarMoonVacation kerana korang akan dapat harga yang lebih murah.
- Udara dingin di atas puncak. Sila pakai baju tebal dan kalau dapat bawa sarung tangan lagi bagus. Macam nanie, pergi bulan Jan, memang sejuk sampai menggigil-gigil.
- Bawa tumbler air panas nescafe, sebab boleh lepak kat luar. Baru lah terasa kedinginan di Hong Kong.
- Beli souvenir disini, sebab harga lebih murah. Jangan tertipu dengan peniaga2 di Ladies Market
- Simpan tiket baik2 kerana untuk ke bahagian atas The Peak sbb tiket tu digunakan untuk melepasi palang masuk yang di jaga oleh petugas bangunan The Peak ini.
- Sila naik ke Peak Tower untuk melihat pemandangan panorama kota Hong Kong 360 darjat
Nak tengok gambar pemandangan di The Peak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Trip ke Hong Kong ini sessungguhnya dapat menggerakkan mata hati nanie untuk menilai, memahami dan menikmati keindahan bumi Allah.
Next update : Masih menggunakan tiket combo 3 in 1 iaitu salah satu lokasi menarik di atas The Peak iaitu Madam Tussauds.








