Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Alhamdulillah, baru ada kesempatan review entry Vietnam. Allahuakbar. Masa memang mencemburui nanie. Tpi takpe, nanie try curi masa dengan update entry #jalan2carimakan di bumi Vietnam.
Entry Tips pergi Vietnam DI SINI
MAKANAN TRADISI VIETNAM SEDAP, HALAL DAN WAJIB CUBA BILA KE HO CHI MINH
1) Vietnam spring roll
'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang' atau rice paper 'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang' atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.
2) Mi Pho ayam / Pho daging
Pho merupakan mie berkuah a la Vietnam yang isinya terdiri dari kuewtiow halus, rempah, dan hirisan daging, biasanya pho disajikan dengan menggunakan daging atau ayam.
harga Mi Pho di kedai ini adalah VND55,000 sahaja...haaa murah kan?dan paling best sekali bila Mi Pho ni dimakan bersama cili kelapa hitam yang pedas dan sedapppp tuh!memang meletup-letup rasa dia dalam mulut...
Makanan yang sangat suka dimakan oleh orang Vietnam. Kalau pergi ke Pasar Ben Thanh pagi-pagi, boleh tengok para penjual pho susup sasap bawa dulang bermangkuk-mangkuk pho untuk dihantar di unit2 kedai di pasar tu.Takde makna roti canai nasi lemak bagai. Tu sebab diorang semua slim melim kot.
3) Kopi Vietnam
Ini minuman wajib setiap hari. Even lepas dah kenyang makan, mesti singgah dulu minum kopi OOZE yang sedap level tak ingat dunia punya nih! Nanie takleh kira berapa kali tah nanie beli kopi ni weh...sedap gila!
Penangan kopi ni, takleh tahannnn...Nanie beli kopi Vietnam atas motor jer dan sentiasa ada di area jalan depan hotel tu. Harga secawan kopi ais ni adalah VND20,000 sahaja atau leh bayar dalam RM sebanyak RM3. Murah dan sedap.
4. Kuih bingka & roti sardin (murtabak)
Jangan lupa makan kuih bingka ubi kayu dan juga mertabak kat Hjh Basiroh sebab memang sangat sedap! walaupun mahal tapi makanannya boleh tahan sedap siap ada aircond lagi.
Bingka ubi dia memang lemak. Gigih kitorang tak sabar-sabar nak bawa balik bingka ubi ni. Padahal baru keluar oven panas-panas, mana boleh dipotong lagi. Beli 2 bekas. Satu bekas harga USD10. RM30 lebih tu. Tapi sangat berbaloi sebab sedap. Sanggup bawak naik flight gitu.
5) Steamboat vietnam
Menu kali ini adalah hasil belanja dari tour guide kami untuk hari terakhir. dia belanja set steamboat yang sememangnya sedap dan segar.
**************************
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Itu antara makanan menarik di Vietnam yang boleh korang cuba dan nikmati bersama keluarga. Waktu datang ke Vietnam, dah tak fikir kalori ke apa, kitaorang belasah je, bila balik baru menyesal sebab makan banyak sangat. hahaha
Terima kasih sudi baca blog ni, nak lebih details tentang Vietnam, click
Entry 1 - Tips Percutian Budget versi Family ke Ho Chi Minh
Entry 2 - Tips Shopping Murah di Ho Chi Minh
Entry 3 - Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel
Terima kasih sudi baca blog ni, nak lebih details tentang Vietnam, click
Entry 1 - Tips Percutian Budget versi Family ke Ho Chi Minh
Entry 2 - Tips Shopping Murah di Ho Chi Minh
Entry 3 - Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel
mcm best je steamboat tu..kt kedai mana ek yg steamboat tu nanie?
ReplyDeleteBole sy dpt contact yr tour guide
ReplyDeleteUntuk tour guide bole contact pada FAROK +84 122 349 5924
Delete