SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, May 22, 2012

LANGKAWI - CABLE CAR

As salam.. selamat sejahtera..

hari ni baru ada peluang dan mood nak share entry ke Langkawi..

Jom baca entry

************************************

Langkawi Cable Car



Lokasi : berhampiran Oriental Village of Langkawi dengan

Di mana? : 26km dari Bandar Kuah (Hotel Grand Continental Langkawi)


Yuran Masuk -

Adults - RM 30.00 (MyKad - RM 15.00)
Children - RM 20.00 (MyKad - RM 5.00)


Operating Hour (Ikut cuaca juga)
Isnin - Khamis * 10:00am - 06:00pm

Rabu * 12:00pm - 06:00pm
Jumaat - Ahad & Public Holiday ** 09:30am - 07:00pm

*********************
ok tak? jom tengok gambar pulak..

ini gambar keluarga di depan pintu masuk.



kalau korang nak masuk benda ni, memang kena beratur. Jadi tolong datang awal pagi.. pukul 7.00pg pun da ramai.



Here you go!! permulaan dan pengembaraan 'gayat' bermula.. haha



oh memang kabus menyelubungi pemandangan.. sejuk sangat..



Makin tinggi ye~ Memang berderau jugakla dalam hati ni kan tapi control~ Kahkahkah.




There will be a Middle Station for you to stop for panoramic view on the platform and continue to the Top Station of Mount Machinchang.

Here you go!!


best wa cakap lu. ngee~



oh indahnya ciptaan Allah~


ini salah satu papan tanda ketinggian yg dipamerkan.. tingii ke x? haha

dari atas pun ley nampak pulau2 kecik. terbaik wooooo~



KESIMPULAN :

Wajib pergi sebab ia Langkawi Cable Car pernah dapat award ‘The Longest Free Span Single Rope Cable Car – Total In Length – 919.5 meter’ dan berjaya masuk The Malaysia Book Of Records.

so apa lagi, jom la.. gayat tak gayat, anda patut cuba. pengalaman tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ayuh~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, May 20, 2012

LANGKAWI - ISLAND HOPPING

As salam. selamat sejahtera..

Nanie just nak buat simple entry untuk aktiviti Island Hopping.

Sebelum tu, jom baca review Langkawi (Part 1)

*********************************

AKTIVITI HARI KE-2 - ISLAND HOPPING

Bayaran - RM30 seorang untuk 3 pulau.
Jangkamasa - 3 jam.
Kemudahan : Pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik dari hotel

Macam nanie, kitaorang amek pakej Island Hopping kat hotel tu je, mudah dan jimat masa.. Tepat jam 9.15am sebuah van / kereta sampai lobi hotel untuk membawa kami ke sebuah jeti berdekatan dengan hotel Awana Porto Malai.

Sebelum tu, ape lagi posing2 la. inilah 3 budak kacamata.. Comel je sheda pakai cermin mata yg takde kat pasaran tu :P



Parents in Law (PIL) senyum nampak gigi..


Posing lagi sebelum bot sampai.. Aksi dengan topi 'pinjam'


Perjalanan ke jeti..



kat sini ada orang da siap2 nak amek gambar.. ala, yg dia nak buat pinggan sebagai souvenir. So make sure korang jalan sambil senyum..


Ini bot sebelum kitaorg punye.. Padatkan? selamat bot kitaorg tak ramai pun.. lebih kurang 10 -12 orang je. Lagi pun bot kitaorg agak besar dan selesa.



Tips :
Sarapan pagi dulu. kalau tidak diisi perut itu, dikhuatiri korang akan mabuk laut. Jangan makan terlampau banyak, nanti muntah lak dalam bot. Bawa air dan makanan sedikit buat alas perut.


******************************

DESTINASI PERTAMA - PULAU BERAS BASAH

Destinasi pertama kitaorg.. Pulau Beras Basah ni memang santai dan korang boleh menghabiskan masa lapang dengan berenang di dalam air yang jernih dan baring di pasir yang putih.






Masa untuk mandi-manda adalah lebih kurang sejam saja.. Cian dia, mandi sensorang.. Fyi, kat pulau ni takde toilet. so sapa nak terteeeetttt tu, kena gi tangah2 laut la, kasi lepas. haha

Eh mestilah nak menyelit kat papan tanda sebagai bukti da jejak kaki kat sini..



********************************

DESTINASI KEDUA - PULAU SINGA BESAR

Lebih kurang 1 jam di Pulau Beras Basah, kitaorang pergi pula untuk melihat helang makan. Kat sini sekejap je, lebih kurang 20minit je. Helang sinonim dengan langkawi.

Ada orang yg mencampak sebaldi ayam ke laut. Beberapa minit kemudian berduyun-duyun helang menyambar ayam tersebut. Untung helang itu semua, makan free tiap hari. Tak perlu bersusah payah mencari makan. hehe



untuk pencinta photography, tentu dapat amek gambar yg lagi bagus. sebab perlu teknik / skill sebab helang ni agak banyak dan laju pergerakan mereka.


******************************

DESTINASI KETIGA - Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.

Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping).


Lagenda

Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi.Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut . Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu , setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut




Sampai je ke pulau Dayang Bunting, korang akan disambut oleh 'penyambut tetamu' yang sangat suka akan makanan. Jadi, Kedatangan korang ke pulau tersebut di sambut oleh berekor-ekor monyet. Besar, kecil, tua dan muda, semuanya menanti anda dengan harapan anda memberikan mereka sedikit makanan.



Ok, nak sampai sampai ke Tasik Dayang Bunting,korang kena jalan di laluan yg disediakan selama lebih kurang 5 minit. Ala2 jungle trekking dan perlu mendaki bukit. Memang penat, sebab nanie ni dah lama tak bersukan, so cepat pancit.


Kat sini tak ada lifeguard yang akan selamatkan atau pantau keadaan korang kalau lemas kat sini, so pada yang tak pandai berenang tu, jangan la menggatal kaki nak berenang, untuk langkah keselamatan, pakai Life Jackets..


Suasana di tasik.. ramai orang even bukan cuti sekolah.



Peace no war.. oppss tertelan air tasik pulak. haha


TIPS :
Semasa anda berada di pulau ini, nanie nasihatkan agar anda menyimpan segala bekalan makanan dengan selamat. Kerana monyet-monyet yang terdapat di pulau itu bijak-bijak belaka. Mereka boleh mencuri makanan pada bila-bila masa.




P/S pegang elok-elok beg tu ya.
Tengok gambar atas ni.. monyet pun pandai minum air gas. haha



^_^

*********************

Kesimpulan :
Tidak rugi pun untuk anda mencuba aktiviti Island Hopping. Janganlah datang ke Langkawi untuk bershoping, beli coklat je. Sesekali cuba dekatkan diri dengan alam. Aktiviti ini pun tak mengambil masa yang lama cuma setengah hari je. So, apa lagi jom ke Langkawi *budget jadi duta tourism versi blog* haha

p/s next entry nanie share tentang Langkawi Cable Car or Panorama Langkawi Cable Car sepanjang 2.2km di Langkawi. tungguu


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, May 18, 2012

LANGKAWI - DAY I

as salam dan selamat sejahtera..




Lepas satu2 review kena update. Kali ni nanie nak update cepat2. Nanie harap xde blogger yg bosan atau menyampah dengan entry percutian atau honeymoon nanie..

Tarikh - 3 - 5 May 2012
Destinasi - Pulau Langkawi, Kedah

Tujuan nanie update dlm blog ni, hanya untuk kenangan abadi. Selain tu, nanie nak share experience dgn kawan2 yg sedang cari info tentang sesuatu tempat.. So, nanie harap sgt2. takdelah korang fikir nak berlagak ke apa ye..

*************************
Sejarah / Lagenda Langkawi

Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksud coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat.


Enjoy the photo,we @ airport


Bila da sampai, macam biasa, kami perlukan kereta sewa. Jadi macam biasa, nanie da buat survey awal2 untuk kereta sewa - VIOS 2011 untuk RM80/ day.. Nanie jamin, korang tak kan jumpa mana2 kereta sewa, even dekat airport ada sewa dgn harga RM160 / day.. Perghhh double tu..

Kalau nak contact number. please do email me nanie_nakata@yahoo.com


Lepas je dapat kereta sewa, kitaorg terus pergi Pekan Kuah.. lunch dan shopping. percaya atau tidak, kitaorg x check in lagi hotel, tapi da siap borong coklat dan minyak gamat..

Kedai yg nanie recommend kat Pekan Kuah (coklat & pinggan mangkuk)

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD
No.66, Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, Langkawi
Nak tahu lebih lanjut, boleh refer pada link ini {website}

Kedai yg nanie recommend untuk beli minyak gamat pula, tempat ni siap ade proses nak buat minyak gamat.

Nusantara Maju Enterprise
Nak tahu lebih lanjut, boleh refer pada link ini {blog}

Sorry gambar xde, sebab da borong xde ingat nk snap2 gambar da. hehe

Yang ni pula salah satu kedai kasut @ Pekan Kuah. MIL nak beli kasut tyme ni.. Not bad gak kedai ni, semua diperbuat dari kulit.



************************************

Lepas habis shopping, sebelum check in hotel, kitorang singgah Dataran Lang Langkawi untuk ambil gambar kenangan..

Dataran Lang Langkawi



Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat,jeti dan teres yang berbumbung .

Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam . Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Kalau ada sesipa yg berminat nak baca sejarah Dataran Lang, please refer to this {website}





p/s nanie akan update tentang hari ke 2 tentang island hopping. tungguuuu!!
fuhhh penat perah otak. macam buat karangan. ngee~
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU..





salam..selamat sejahtera..

Hari ini adalah hari Guru. Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru.



Mengapa Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU 

- kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Mengapa ada sambutan Hari Guru?





Ucapan untuk guru2 di Malaysia  :





Sejarah nanie belajar ialah  :

TABIKA KEMAS, AU1 KERAMAT
SRK JALAN GURNEY 2
SMK PUTERI AMPANG (SMKPA)
KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA  (KPMM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM SHAH ALAM)


Terima kasih cikgu sudi meluangkan masa mengajar dan mendidik nanie sehingga menjadikan nanie seperti sekarang. Alhamdulillah, jasamu amatlah dihargai.

************************


P/S Nak baca tak kenangan bersama kawan2 nanie, apa yg nanie belajar . Ada kenangan manis dan pahit. 

Kenangan manis bila dapat berjumpa dengan kawan2. Kenangan pahit bila kawan yg kita sayang meninggalkan kita buat selama2nya..


- KPMM - Nak baca? tekan link ini.


- UiTM - Nak baca? tekan link ini


- SMKPA - Nak baca? tekan link ini



TERIMA KASIH DAN HARGAILAH GURU ANDA. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Sunday, May 13, 2012

SIAPA MAK KAMU?



"Mak itu adalah pembohong"
.
.
.
.
.
.



Seorang mak dlm hidupnya membuat pembohongan.

Mengapa?

Apa yg mereka BOHONG?

Situasi :

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kpd anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tdk lapar."
...
2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "mak tak suka daging, makanlah, nak.."

3. Tengah mlm saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata,"Istirahatlah... nak, mak masih belum ngantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk mak. Ia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, mak masih punya wang."

5. Saat anak sudah sukses, menjemput maknya utk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita sangat nyaman, mak tidak terbiasa tggl di sana."

Saat menjelang tua, ibu sakit, anaknya akan menangis, ttp mak msh boleh tersenyum sambil berkata, "Jangan menangis, mak tidak apa apa." Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu.

Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, mak selalu menganggap kita anak kecilnya, merisaukan diri kita tapi tidak pernah membiarkan kita merisaukan dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini menghargai setiap pembohongan seorang mak.... kerana beliaulah malaikat nyata yg dikirim TUHAN untuk menjaga kita..





saya sayang mereka berdua..



Setiap Hari adalah Hari Kasih Sayang antara kami sekeluarga..


(Love U Mom)

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails