SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, September 26, 2012

WARKAH BUAT ISTERI - ABIL & FAUZIAH



Sekarang nanie sedang mengikuti satu blog yg memang sgt menarik, tentang pengorbanan suami yg menjaga isteri yg terlantar sakit. Subhanallah, Allah Maha besar. Nanie sangat kagum dengan pengorbanan suaminya..


Kata2 puitis seorang suami utk isteri - Dia amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Nak tengok gambar terkini isterinya yg terlantar sakit?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.Lihatlah, walaupun sakit, suami tetap memeluk rapi.. Subhanallah~



P/S Semoga usaha suami untuk mengembalikan memori dan menjaga isterinya menjadi suatu titik kenangan abadi mereka. Walaupun mereka tidak dapat menikmati 'kebahagiaan' sebenar sebagai suami isteri, tapi percayalah mereka menikmati kasih sayang dari Allah yg tidak terperi. 

Jom baca blog - Warkah buat Isteri 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

PENGALAMAN RAMADHAN SEBAGAI ISTERI DAN MENANTU..


as salam semua..

Alhamdulillah sekarang bulan Ramadhan bulan yg mulia.. Nanie rasa sangat besyukur kerana tahun ini adalah tahun pertama menyambut Ramadhan bersama keluarga baru.. Ye, maksud nanie adalah bersahur dan berbuka puasa utk Ramadhan bersama keluarga mertua di Shah Alam..

pertama kali sebagai seorang isteri..
pertama kali sebagai menantu..

pertama kali sambut ramadhan di rumah mertua..

Tapi sebenarnya, macam2 ada dalam hati ini.. Nanie rasa agak berbaur / sayu hati ini. Mana taknya, selama nanie hidup di dunia, inilah pertama kali tanpa mak dan ayah di sisi utk berbuka dan bersahur utk 1 Ramadhan.. Lagi la nanie ni anak bongsu.. Memang senantiasa dok berkepit dgn parents.. hehe

Tapi itu tak mematahkan semangat nanie.. (ayat cover). Nanie akan cuba sehabis baik untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua.. Bagi nanie, walaupun 1 Ramadhan tak dapat bersahur dan berbuka puasa dengan parents, insyallah ada kelapangan nanie akan ajak hubby ke rumah Keramat utk bersahur dan berbuka bersama mereka..

APA YG MENARIK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA DENGAN MERTUA?

Dapat belajar skill memasak dan buat kuih dengan jayanya.. Hoyeayyy!!

Semalam first time duk menggentel karipap kat dapur. Mula2 tu memang la hampeh rupanya, tapi bila da lama2, wahhhh rasa macam tak caya boleh gentel sendiri karipap tu. Dalam kepala, teringat Masterchef edisi Siti Nurhaliza dengan Dato' Fazley buat kapipap pusing.. hehe


*************************


KESIMPULAN

Apa yg nanie boleh cakap inilah yg dinamakan pengorbanan seorang wanita yg bergelar isteri.. Tempat isteri adalah di sisi suami. Ke mana dan apa yg diperlukan suami, perlu dituruti selagi ia tidak melanggar syariat Islam..
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Bagi nanie, seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Subhanallah..
p/s hubby, i ♥ u
update : kalau yg belum baca tips duduk sebumbung dengan mertua, check this --- entry
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, September 19, 2012

TAMBAT SUAMI DENGAN AIR TANGAN ISTERI..

As salam.. selamat sejahtera..



Hari ni saja nak share menu yg nanie masak last weekend. Ini semua panahan MASTERCHEF, haha.. xdelah. gurau je.. Actually, nanie nak share satu artikel yg nanie baca dalam internet tentang air tangan isteri.

***********************

TERDAPAT pelbagai cara untuk mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga. Tidak dinafikan, memang terdapat banyak aspek harus diambil kira. Pendek kata, semuanya perlu serba-serbi. Tak sempurna pun tak apa. Apa yang penting cukup segala aspek tersebut.Salah-satu aspek yang akan diketengahkan dalam artikel itu ialah 'masakan ‘air tangan’ isteri.

Ya, memang tidak boleh dinafikan lagi, di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawab dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi kita harus ingat, jangan sampai kita abaikan 100% aspek memasak untuk suami ini. Kelak buruk padahnya.

***************************

Jom baca 8 tips agar kita boleh terus mengikat tali perkahwinan kita dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ :

1. Jangan jadikan alasan kita tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan. { nanie belajar dari emak je :p }

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur. { nanie suka tengok masterchef dan 5 rencah 5 rasa }

3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. ( nanie beli buku 1 hari 1 resipi dan goole je dalam internet )

4. Pada hujung minggu, boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu. { nanie beli barang dapur kering dgn suami, kalau barang dapur yg basah, kirim dengan mak je dari pasar }

5. Jika penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. { nanie tak pernah cuba }

6. Kita boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang { nanie tak pernah tanya lg, sebab suami tak tahu juga }

7. Jangan biarkan dapur langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami. { masak frozen food memang sangat mudah, hehe}

8. Untuk menjimatkan masa,kita boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. { ini memang approach nanie, selalu sediakan pada waktu malam}


********************************

HASIL 'AIR TANGAN' (14 SEPT hingga 18 SEPT 2012)
(bukan semua menu nanie capture gambar)

Sotong masak kari

ri

Ikan siakap masak sweet sour


Makaroni goreng
Sayur campur & cendawan
Sotong masak kicap

Ayam masak burma

resipi dan masakan yg simple - nanie update dalam entry ini - Kemanisan rumah tangga.. click here

p/s Tiada yang lebih bermakna dan indah selain anda menerima kata-kata ucapan "terima kasih sayang" daripada suami ketika dia merasa masakan. Ketika itulah isteri akan merasai satu kepuasan sebenar hanya utk suami.



Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, September 18, 2012

CABARAN ISTERI DALAM RAMADHAN..

as salam semua.. Salam Ramadhan ^_^

Tajuk macam hebat je.. haha Actually nanie just nk share apa yg terlintas dalam fikiran dengan blogger, lagi2 blog nanie kebanyakannya adalah b2b (bride to be)

Cabaran isteri ketika Ramadhan memang sangat2 mencabar..

Sebab?

Sebabnyaaa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak sediakan juadah berbuka dan bersahur..




Isteri kena fikir nak masak berbuka atau sahur makan apa? Bukan nak fikir je, nak menyelesaikan sesuatu juadah tu pun kena ambil kira. Bab tenaga, mental dan masa tu yg paling mustahak.

Mental - ini kena kuat fikir. dalam 30 hari Ramadhan, otak kena fikir apa nak masak? kalau masak benda sama confirm la bosan kan. Kena la kreatif dan inovatif utk memasak..Jadi mulalah dok tengok buku2 resipi ke, kalau bab isteri yg moden dok google je.. Teknologi di hujung jari. hehe

Masa - macam bab yg ini,nanie memang tabik spring la kat isteri yg bekerja dan sempat memasak. Macam nanie, bukan nanie tak cuba nak memasak kat rumah. Nanie menghabiskan masa di atas jalan raya..



Keramat ke Shah Alam (lalu DUKE & NKVE) perghhhh jammed jgn cakaplaaa..

Tapi Alhamdulillah nanie duduk dengan MIL (rumah mertua), jadi mak mertua yg tolong masak. Tugas nanie ialah bila mencuci pinggan dan mengemas. Tapi, bab bersahur, nanie yg akan bangun awal utk panaskan lauk *pernah 1 kali terlajak bangun* ngee

Even nanie jarang masak, tapi ada jugakla skill memasak di dapur walaupun tak sehebat chef - entry ini

Tenaga - nak mengerah segala usaha dan tenaga di dapur.. Sebab standart la, kalau puasa siapa tak letih. Fuhhhh memang terbaik la.. Berpanas di dapur memang buat keluar peluh.. Bagus gak, sambil masak sambil exercise. Bagi naik sikit kadar metabolisma.. wink2.

***************************

Kesimpulan

Cabaran seorang isteri bukan lah mudah. Jadi apa kata kita ambil pendekatan mudah untuk beri ruang pada isteri berehat bila mereka penat. Bila malam, beri mereka cukup masa utk tenangkan hati dan hilangkan lelah di siang hari. Maybe pada yg da anak tu, boleh la bergilir2 menjaga anak..




p/s ini hanyalah dari pemerhatian dan pengalaman dari sekeliling sahaja.. Terima kasih sudi membaca..

Jom baca pantun 4 kerat..

Hubungan terikat sesama manusia,

Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,

Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Thursday, September 13, 2012

TIPS TRAVEL KE BALI



1) jangan sesekali pergi ke sana dengan mana-mana pakej yang ditawarkan from any travel agents. Based on pengalaman kawan-kawan yg ke sana melalui agen ni, memang diorang perlu spend banyak sikit, in fact tempat pun tak banyak mana pun yang sempat diorang pergi. Its up to u ^_^

2) Sentiasa bersama-sama dengan suami / kumpulan kalau di area Tanah Lot sebabnya ramai je orang berniaga yang suka ikut-ikut. Kadang-kadag budak kecik umur 5 tahun berniaga tak pun makcik2 yg minta sedekah, timbul rasa kesian dan nak beli :(




3) Di tepi-tepi kuta beach dan shopping area, ada sahaja mamat Bali yang mintak duit parking motor. Kalau korang malas layan and tak suka banyak kerenah, bagi je la berapa berapa yang korang nak. Kalau tahap gangster, jangan bagi sebab mereka ni macam ulat parking. Tak berdaftar pun! Saje menyibuk!

4) Ada beberapa kedai cenderahati / kraftangan yg harganya agak MURAH di kedai2 tepi jalan. banyakkan survey dulu dan pandai menawar.. Sebab penjual ni, dorang tahu, kita bukan orang Indonesia, jadi mereka akan jual cekik darahpunya harga. Jalan mudah, korang pergi kedai yg memang da ada tanda harga kot.Jadi berhati2 ye sayang~
Macam nanie, shopping kat Matahari dan Krishna. Mudah nak berkomunikasi dan selesa sebab sejukk (aircond). Klau rasa boleh ngomong bahasa Indonesia, boleh la shopping gerai2 kecil tepi jalan tu,



4) Bawalah at least 1 map bila berjalan sebab walaupun nampak tak besar Kuta area ni, tapi boleh sesat. Mungkin untuk first timer. Kalau dah banyak kali visit Bali, tak payah nak mengada. Mesti korang dah super mahir.
Macam nanie, nanie kutip maps ni kat airport time tengah beratur nak check imegresen.


6) Jangan rasa pelik sebab manusia di Bali especially warga mereka bawak moto macam lipas kudung, kadang-kadang signal pun tak bagi. Memang selamba badak. Kalau korang mat rempit kat Malaysia, tak payah berangan jugak sebab diorang bukan tahap mat rempit lagi dah. Ini dewa rempit termasuk lah perempuan yang pakai uniform sekolah.

7) Make sure pergi aktiviti kebudayaan di Bali terutama pergi suasana di Tanah Lot (entry) dan saksikan persembahan Kecak Dance (entry). Memang menarik!

8) Airport Tax ketika balik. Ketepikan IDR150.000 seorang termasuk kanak2. Selepas pemeriksaan imegresen dan airline checks di kaunter. Nanti korang akan nampak satu kaunter khas untuk pemungut airport tax. Mereka hanya menerima duit RUPIAH sahaja. So sila jangan habiskan duit rupiah ye kawan2..



p/s Kalau ada apa2 soalan, boleh check to this entry - 


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, September 12, 2012

WORD OF THE DAY # 10 - JIKA KAMU..



Jika perlu marah... marahlah
tapi usah terlupa perkataan sabar

Jika perlu menangis... tangislah
tapi jangan sampai lupa bersyukur

jika mahu miskin... miskinlah
tapi jangan terlalu miskin
nanti mudah menjadi kufur

jika mahu kaya... kayalah
tapi jangan sampai lupa bersedekah

jika mahu menjadi warak
lakukan ibadat sebanyak-banyak
namun usah terlupa keperluan duniawi

sesungguhnya dunia ini adalah jalan menuju akhirat

SALAM AIDILFITRI ^_^

p/s baru perasan tak update lagi pasal raya, baju colour apa.. tungguu!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, September 10, 2012

BALI (KECAK DANCE)

as salam, selamat sejahtera..

Subahanallah, ini entry yg betul2 tertunggak.. Sebab lately, ada mcm2 problem mendatang, jadi emosi nak buat karangan berjela2 hilang. hikhik

So, arini, dengan sukacita nak share entry BALI.. Bagi yg belum baca entry Bali, check this entry :


****************************

KECAK DANCE

Apa itu Kecak Dance?
cerita kisah dewa2 agama Hindu dalam masa sama menyembah matahari. Anyway watak utama dalam Kecak Dance ni Rama dan Sita. Nak tahu lebih korang google la ek ^_^

Masa
Bermula setiap hari pada pukul 6 - 7 malam

Yuran Masuk
IDR 70,000 / seorang
(termasuk leaflet tentang ringkasan cerita dlm pelbagai bahasa)

Syarat Masuk -
Menutup aurat Tapi jangan salah faham, menutup aurat tu bukan macam pakai tudung semua tu, cuma tak boleh pakai seluar pendek atau skirt. (sebab Uluwatu ini tempat sembahyang Hndu (kuil), jika tidak akan diberi kain pelikat atau sarung batik.





TIPS : Simpan cermin mata dan barang2 atau makanan yg ada di tangan sebab ada monyet yg nakal2. kalau boleh pakai kasut, sebab ada kes selipar kena curi dgn monyet. hehe

****************************

BIAR GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA



itu la supir dari Tanah Lot ke Uluwatu



Penuh.. sesak..ramai..



Ratusan pelancong dari luar negara.. Jepun ada, mat saleh ada, korea ada, Malaysia ada, dan penduduk tempatan Indonesia pun ada..



Duduk rapat2. sebab penuh sangat..



Silau. sebab matahari memancar depan muka..



ini macam 'dukun' yg membaca jampi serampah utk memastikan semuanya berjalan lancar.



tu dia..... dia datang dengan lenggang lenggoknyee..



show da bermula.. Btw, sharin ada record show ni, nanti free2 nanie upload la yer :p


show ini tanpa alat muzik.. hanya suara dorang je 'cak..cak..cak...cak..'




kadang2 rasa rimas dan bingit dengan suara dorang.. hehehe




'dukun' buat lagi 'bacaan' kat penari lelaki itu. seramm



jeng jeng jeng.. muncullah puteri dan menari.. & macam2 lagi yg muncul.. cak.. cak.. cak.. meremang gak dengar. tapi super teruja..!!



da tamat da cerita.. ada byk gambar lagi, tapi malas nak upload. hahaha

***********************

KESIMPULAN

Kecak dance ini korang WAJIB pergi tengok performance dia. Bagi yg lemah semangat tu, banyakkan selawat and baca surah Al-fatihah. Anggaplah kita melancong dan memhami kebudayaan yg ada di Bali. Ia destinasi yg betul2 menarik utk dilawati.. ini contoh lagi satu kebudayaan menarik Tanah Lot



U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails