Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
hai, lamanya nanie tak update blog. tak blogwalking. Subhanallah, sesungguhnya lambakan kerja memang takde masa da nak jenguk. maafin ya. Nanie share dulu cerita minggu lepas, wah mentang2 la cuti panjang, masing2 da plan nak berjalan dan travel dengan keluarga atau kawan2 kan?
Macam nanie, ermmmm bosan dan biasa-biasa je.. Nanie takde plan hebat macam pergi duduk hotel ke mandi swimming ke, nanie just duduk rumah je dari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Actually ada sebab kenapa nanie duduk rumah.
Sebabnya, nanie ditugaskan menjaga mak nanie.
Standby la orang kata.
Kakak pertama dan kakak ketiga pergi Hatyai Thailand
Kakak kedua spend masa dengan keluarga dan saudara suaminya.
Ermmm, anak bongsu kena jaga rumah dan mak la :)
Jadi, takkan la nanie nak biarkan kebosanan melanda diri. Nanie pun plan la dengan mak nanie pergi somewhere. Mula2 nak plan pergi IKEA (entry ini), tapi disebabkan kerisauan jalan jammed sebab CNY. Nanie decide just jalan2 area rumah je.
JUMAAT 1 FEB 2014
AEON Setiawangsa
Tengok muka mak nanie excited sampai juling2 dibuatnya. hehe |
Belanja mak makan Golden Wrap Chicken KFC. Recommended sebab sedap sangat. Harga berpatutan :) |
Bila da belanja mak makan, mak nak pergi shopping Singgah terus kedai tudung beli syria Adik OK janji mak HAPPY :) |
***************************
SABTU - 31 JAN 2014
Dinner area Keramat
Belanja mak makan Nasi putih dan ayam bakar area Keramat Sambal ada dua, sambal ayam penyet dan sambal kicap pedas menyengat. Harga rm6 sahaja. |
Penutup hari Sabtu dgn dessert ice cream sundae MCD. Kami memang suka makan ice cream ingat tak entry ice cream nanie? tekan link ini |
*******************************
AHAD - 2 FEB 2014
Breakfast NZ dan Big AEON (Carefour), Wangsa Maju
Niat hati mak nak breakfast tosai tapi bila da sampai NZ, terus mak ambil nasi kandar mak oh mak.. hehe |
Sebagai upah, nanie belanja mak makan lagi. beli roti Delifrance double layer - kaya + garlic Ini favourite mak nanie kalau datang Carefour |
P/S Jadi ini lah cuti CNY nanie. Takde kemana2 travel. Sentiasa bersama mak tengok TV dan borak2. Saja menghabiskan masa bersama-sama. Sayangi mereka selagi mereka ada di dunia.
Moto aktiviti kami
Bila mengantuk tidur, Bila lapar makan.
Kenyang perut suka hati. hahaha
Tapi ada lagi satu aktiviti favourite mak iaitu main game. da pernah baca tak? kalau belum, jom jenguk game apa yang mak nanie suka main. tekan sini
kalau dapat makan2 macam nie selalu best la..lagi2 kalau orang belanja..meh belanja akak pulak.. =D
ReplyDeleteehem2.. jom la nanie teman akak. nanie belanja mkn ice cream nk? hehe
ReplyDelete