SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, October 5, 2015

REVIEW WAYANG - POLIS EVO FILEM MELAYU WAJIB TONTON. AKSI DAN LAWAK BERGABUNG BERSAMA..

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Inilah movie melayu yang betul-betul nanie nak dan teruja. Serius nanie rasa filem ni patut dapat BOX OFFICE movie. Gempak habis.  Tolonglah, pada siapa2 yang pandang sebelah mata untuk filem ni, korang patut tonton movie melayu ni.


POLIS EVO

PengarahGhaz Abu Bakar
PenerbitJoel Soh
Cerita oleh
  • Joel Soh
  • Kyle Gounting
  • Anwari Ashraf
  • Adib Zaini
Lakonan
  • Shaheizy Sam
  • Zizan Razak
  • Nora Danish
  • Mimie Ernida
  • Wan Hanafi Su
  • Pablo Amirul
  • Amerul Affendy
  • Harun Salim Bachik

Mengisahkan Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) dari Terengganu terpaksa berkerjasama dengan Inspektor luar, Khai (lakonan Shaheizy Sam) dari KL untuk menangani kes syabu naga yang giat aktif berniaga secara haram di Terengganu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. 
  • Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas 
  • Inspektor Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan protokol.

Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani iaitu Nora Danish dan emaknya dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.


****************************************

PUJIAN PATUT DIBERI

Secara keseluruhan movie ni memang setanding movie antarabangsa dan patut dipuji dengan jalan cerita yang simple tapi aksi dan lawak yang best. 

Gandingan 2 pelakon menjadikan keseriusan watak Inspektor Khai dan kelawakan Inspektor Sani menjadi sangat best. Ye la, kalau serius sangat pon mesti krik-krik-krik. Macam tengok filem aksi omputeh pon ada haha. Jangan terkejut ada bahagian yang watak Zizan lebih serius dari filem-filem lakonannya. 

Selepas menonton filem ni, nanie rasa filem ni best! Sebab apa
  • Movie melayu yang nanie tengok TANPA ada rasa bosan dan mengantuk. 
  • Bukan nak sedapkan hati atau nak bodek ya, nanie rasa terhibur  rasa seronok dengan filem ini. Dari awal sampai habis tu memanjang ada je babak yang best dengan lawak bersahaja oleh Sani dan aksi mantap dari Khai. Gandingan pula mantap dan chemistry tu ada antara Sam dan Zizan
  • Jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan aksi tembak-tembak dan kejar mengejar. Ada elemen kejutan dan buat kita berdebar-debar nak tahu kesudahan ceritanya.
  • Lakonan di Terengganu dan Nora Danish berlakon dialek Terengganu. Even ramai commentar cakap tak berapa bagus, tapi bagi nanie Nora dah bagi yang terbaik.



p/s Apa kata korang terjah ke panggung wayang terdekat. Booking tiket awal2 sebab takut SOLD OUT. Kalau tengok dalam panggung lagi rasa meriah. No wonderlah 4 hari tayangan, kutipan mencecah 2.5 juta. Congratulation ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails