SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, March 30, 2016

FOOD REVIEW : OCEAN HAUZ UKAY BOULEVARD ULU KLANG (MAKAN ATAS MEJA TANPA PINGGAN)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Awal bulan lepas, Saja la n pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di UK Boulevard. Pernah kecoh kat media sosial pasal makan seafood berloggok atas meja takde pinggan mangkuk sebab makan lapik kertas jer. Biasalah setiap restoran mesti ada keistimewaan masing2. Ade review yang kata bukan budaya kita.  Tapi ada yang wat lek wat peace je. Actually, semua pendapat tu terpulang pandangan masing-masing.. 


Bagi pendapat nanie, benda ni takde isu pun. Bukan apa, sebab kita makan tu masih lagi beralas. Masih lagi beradab sebab meja pun bukan kongsi ramai2, 1 meja tu hanya untuk kita, bukan bercampur dengan orang lain pun. Yang paling menarik, bila kita makan ramai2 ratah seafood macam tu dengan keluarga dan teman-teman, terasa keakraban tu. weeehuuu!!


KAT MANA? OPERATION HOUR PUKUL BERAPA?

Nanie try makan di Ocean Hauz ni dibuka dari pukul 

5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat)
3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad). 


MACAM MANA ORDER DI OCEAN HAUZ?
  • Mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. 
  • Lepas itu, letak seafood atas tray dan pergi kat cashier.
  • Cashier akan timbang dan bayar. 
  • Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja.  



PILIHAN SOS UNTUK MENU DI OCEAN HAUZ

Korang boleh pilih nak masakan macam mana. Favourite nanie Lemon Butter & Garlic Pepper.  Tolonglaaaaa beli jagung manis dan brocoli dia, sememangnya segar dan rasa sos kuning dia memang mengancam.

Dijamin HALAL

Bagi pengunjung beragama islam, korang tidak perlu risau dengan status makanan di Ocean Hauz kerana restoran adalah 100% diusahakan oleh orang islam dan dijamin HALAL ^_^


PELIK TAPI BENAR

  • Korang akan di beri Apron akan disediakan oleh Ocean Hauz, jadi jangan risau kuah terpercik kena baju, nanti kotor pula.
  • Alas kertas itu make sure kertas yang licin tu kat atas ya, sebab xde la serap kuah atau minyak dia.
  • Untuk yang makan makanan laut yg berkulit keras macam ketam, korang akan diberi alatan untuk mengetuk. Jangan pula bertukang kuat2 sangat pula nanti ye. hehe


 CAWANGAN OCEAN HAUZ

Ukay Boulevard Ulu Klang 
Phone No  : 03-41625177

Sec 8 Bdr Baru Bangi 
Phone No  : 03-89123971 

Vista Alam Sec 14 Shah Alam
Phone No  : 0355235651

P/S Pelik ke? Nak rasa bagaimana makan tanpa pinggan? Korang boleh datang ke Ocean Hauz. Sediakan duit dan perut sebab ada tawaran menawarkan pelbagai pilihan makanan laut.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, March 23, 2016

#TRAVEL :TIPS MENARIK MAKANAN DAN RESTORAN HALAL DI KRABI..

Assalammualaikum. selamat sejahtera.
Alhamdulillah, semakin hari blog nanie sudah dapat pengikut. Jumlah follower semakin hari semakin bertambah. Tak dilupakan jumlah email yang nanie terima ramai  yang minta itinerary Krabi
Soalan favourite - senang tak nak dapat makanan halal?
**************************************
Kita sebagai muslim, selalu akan tertanya-tanya, kalau travel ke luar negara,senang ke nak cari makanan halal? Jangan risau, di sini nanie share TIPS MAKANAN DAN RESTORAN HALAL DI KRABI
1. Makan di HOTEL (HALAL)
Bukan semua Hotel di Krabi menyediakan sarapan pagi akan menjadi 100 % Halal. Hotel status halal ni bermaksud kebanyakkan adalah dimiliki dan mempunyai staf yang beragama Islam.  Ia juga mempunyai restoran di dalam hotel yang berstatus halal yang membolehkan anda makan breakfast kenyang-kenyang tanpa was-was atau order room service! 
Jadi untuk langkah awal, korang boleh datang breakfast ke restoran di hotel-hotel  ini. Info ini nanie dapat dari cutikrabi dot com
  • Hotel Halal #1 – Ban Sai Nai Resort
  • Hotel Halal #2 – Ao Nang Princeville Resort
  • Hotel Halal #3 – Phu Pi Maan Resort & Spa
  • Hotel Halal #4 – Sunda Resort
  • Hotel Halal #5 – Ao Nang Orchid Resort
2) Makan di RESTORAN HALAL
Makanan halal senang di jumpai di Ao Nang Krabi, ada banyak restaurant yang menjual makanan halal Di Krabi. Ini info nanie dapat dari blogger lain, dia siap letakkan nama kedai untuk review pembaca. credit to him.


Ini pula gambar makanan yang nanie cuba di Restoran Halal di Krabi. Kalau rasa nak makan simple goreng2, korang bole try Nasi Goreng seafood, Pad Thai dan paling syok minum sekali Cha Yen (Teh Ais)
Kedai Favourite nanie di Krabi ialah Chaba Thai Kitchen. Kalau nak makanan hidang2 for Thai Food - Seafood Tomyam dan Ikan Sweet Sour. Terbaik!
3. Makan Street Food di Krabi Night Market / Aonang 
Basically banyak makanan sedap, murah dan halal di Krabi. Berbanding negara lain, pilihan makanan halal tak sebanyak di Krabi. Di Aonang atau Krabi Night Market memang famous dengan street food. Contoh street food fish ball, udang,  ayam goreng, udang tempura, sotong bakar, ikan bakar, pulut mangga, aiskrim, jagung bakar, nasi goreng dan macam2 lagi.
TIPS Pastikan setiap kedai akan letak TANDA HALAL untuk meyakinkan pengunjung makan dengan tanpa was-was.
5. Thai Pancake
Thai Pancake ni sebenarnya roti canai yang di uli dan di flavourkan dengan flavor yang menarik. Dari savory hingga ke sweet flavor. Thai pancake ni ada jer di mana-mana pekan Aonang. Flavor paling famous banana nutella, rasanya memang sedap. Kedai favourite ialah Yaminlah Pancake.
Banana pancake ini kami punya. sedap gilerrrrrrr. Berebut2 makan.. Roti dia garing, pisang dia manis dan segar, nutella pulak banyak...tak kedekut langsung...sepinggan mcm ni cuma 35 baht atau rm3.50 je.
6. Seven Eleven (7-11)
Untuk yang tiada masa nak pergi makan di kedai makan atau tiada snacks di malam hari, korang patut cuba air ARABUS COFFEE, SUSU MEIJI (macam2 jenis perisa), JUS BUAH TIPCO yang di jual di 7-11 Krabi. Di tambah pula korang makan dengan street food, perghhh serious, memang layan habis. Makan di tepi pantai lagi syok. 

Korang simpan gambar ni, lepas tu bila datang KRABI, jangan lupa cuba tau. Kalau rasa teringin nak minum susu pisang Korea, try MEIJI perisa pisang, Kalau teringin nak minum kopi ala2 Coffee Bean atau Starbucks, korang beli ARABUS 100% Arabica Coffee 

KESIMPULAN
Krabi memang syurga HalalFood, janji korang berani cuba makanan baru di negara orang. Pastikan tanda halal ada kalau korang rasa was-was. Kalau terlepas baca TIPS BERCUTI SECARA BUDGET KE KRABI, SILA BACA DI SINI
Jalan-jalan naik tuk tuk Krabi memang syok. Nanie pergi Krabi Night Market. Ini gambar bukan edit, lampu dari tuk tuk sendiri warna biru. heheh
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, March 21, 2016

#TRAVEL2016 - JOM TERJAH HARD ROCK CAFE PENANG

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Yahoooo!! dapat juga menyiapkan satu entry dalam blog. Ya Allah nanie minta maaf sgt2 atas kelewatan update blog. Lately tempat kerja ada audit for 1 minggu dan masalah kesihatan. Kan sekarang musim panas, jadi demam selesema. Yang paling sakit adalah, suara nanie sexy macam Ella, serak. hehe 

Takpe, percaya pada janji Allah, setiap sakit dan ujian itu ada hikmahnya...

OK, kali ini nanie nak share tentang PERCUTIAN KE PENANG iaitu ke HARD ROCK CAFE PENANG IAITU ROCK SHOP 


Untuk Hard Rock Cafe di Penang ada keunikan tersendiri kerana ada 3 kedai cenderamata
1) di bangunan tersendiri di bahagian parking
2) dalam Hard Rock Cafe
3) Lobby Hard Rock Hotel

Apa yang ada di sini ialah koleksi T-shirt HRC, collectible pin, mug, magnet, keychain, accesories, dan macam-macam lagi.

Favourite collection -  nanie suka kumpul keychain dan fridge magnet

Previous entry  - Hard Rock Cafe Macau

*************************

Tak lengkap kalau takde gambar nak tampal dalam blog ni, kenangan beb

Ehem2, nak posing dengan BIG GUITAR. Comel tak?

Bercuti bersama family memang layan habis.
Dapat family yang kaki travel, memang syok!

Jadi untuk peminat tegar atau pengumpul collection Hard Rock, boleh lah singgah ke sini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alamat
11100 Batu Ferringhi Beach, Penang, Malaysia
60 4-881 1711

Operation hour 
Dari jam 10 pagi hingga 11 malam



Jumpa di sana!! 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails