SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Sunday, April 30, 2017

#CUTI2MALAYSIA - MISI JALAN JALAN CARI MAKAN DI KELANTAN

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Tahun 2017 adalah tahun melawat Malaysia atau dikenali sebagai #cuti2malaysia. Kalau ada sesiapa yang follow IG NANIE memang this year nanie banyak bercuti dalam negara je. 

Kali ini, nanie nak share kisah 2-3 bulan lepas iaitu bercuti di Kelantan..




Untuk tahun ni je, dua kali nanie jejak Kelantan, sebab attend wedding kawan. Jadi kalau nak jejak kaki ke sana, tak kan la nak pergi pastu balik, teruslah plan nak jelajah makanan2 yang selalu orang perkatakan. hehehe


******************************


MISI #JALAN2CARIMAKAN DI KELANTAN 


  1) KUIH MUIH TRADISIONAL DI PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Sekiranya korang ada plan nak pergi melancong dan membeli-belah di Negeri Che Siti Wan Kembang, jangan lupa singgah di Pasar Siti Khadijah. Pasar ini sangat menarik dan banyak keunikannya.

KAT MANA? - Tingkat Satu
APA YANG ADA ? 
  • Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita
  • Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan





***********************

2)KOPITIAM KITA

Kopitiam Kita , satu nama yang ringkas dan mudah , seiring dengan namanya 'KITA' bermaksud semua bangsa tak kira Melayu , Cina , India , Siam dan sebagainya bertandang di sini untuk menikmati sarapan pagi bagaikan sebuah keluarga besar. Macam-macam ada.

LANDMARK -  New Pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa . 


Ulasan - Menu sedap dan banyak pilihan,harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan bagus. Patutlahh masuk Majalah 3.


WAJIB CUBA - Roti Titab ini ialah rasa jem sekaya dia yang tidak begitu manis dan tidak begitu tawar tetapi masih lagi mampu memikat hati penggemar roti bakar. 

Rezeki dapat jumpa dengan owner Kopitiam Kita, peramah dan sporting
**************************

3)TEH TARIK MADU PAK MAT

Gerai Warung Pak Mat The Tarik Madu terletak dikawasan Pantai Cahaya Bulan, yang menjadi tempat tarikan pelancong. Pengunjung akan singgah terlebih dahulu di warung Pak Mat untuk menjamu selera sebelum ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Bila di buka? -  seawal 7.00 pagi sehingga 4 petang. 

LANDMARK -  kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).

WAJIB CUBA - Teh tarik madu lebah. Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik warung lain. Ia menggunakan tepung susu dicampur dengan sedikit madu yang menghasilkan buih. 




Senyum puas hati dapat rasa kesedapannya. RECOMMENDED!

***********************

4) MAGGI TELUR SOTONG / MAGGI KETAM


Kedai ni simple je, terletak di tepi jalan, tapi bagi nanie patut dicuba sebab murah dan sedap. Korang akan perasan kedai ni, sebab kereta akan parking kat tepi2 jalan, penuhhhhh. Jadi sila plan sebelum datang.

Bila di buka? 4 ptg pagi sehingga 4 pagi. 

LANDMARK -  Selera Signal, Cabang 3, Kedai Buloh, Kota Bahru

Contact : Facebook


WAJIB CUBA - Maggi kari telur sotong atau Maggi Ketam, Perghhhh dah la banyak isi lepastu sedap. Lagi best murah, tak siap harga dalam bawah RM10 je.

*********************

PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)
COCONUT SHAKE DAN ROJAK KELANTAN

Sebenarnya kalau datang Kelantan, korang singgah lah kat PCB, even pantai dia tak boleh mandi, tapi korang boleh bersantai sambil menikmati dan menjamu selera sambil mendengar deruan ombak.

APA YANG ADA ? 
Bebola seafood / hotdog - Ia telah digoreng atau di celup tepung kemudian di cicah sambal dia yg sgt sedap. Cholek nie seperti rojak cuma beza skit sbb seafood tu di goreng bersama tepung ramuan atau resepi sendiri. Pelbagai pilihan ada seperti ikan, ketam, sotong dan terdapat jgk dalam bentuk bebola lebih senang untuk dimakan. Tak perlu risau mmg byk pilihan ikut kegemaran masing2. Tapi kalau Nak minum je boleh try Coconut shake atau Aiskrim kelapa

Macam2 ada, boleh cuci mata dan menikmati minum petang / malamdengandgn kawan2 atau family di tepi pantai. Best beranginnnnnn je.


******************
KESIMPULAN
Negeri Kelantan ni ada banyak lagi tempat makan yg sedap, cuma ada pergi kedai tak ambil gambar. Contohnya, 
Kedai Ulam Cikgu, Nasi Dingin. 
p/s Siapa yang ada plan nak ke Kelantan, apa kata korang explore dan jangan takut nak cuba makanan kelantan. Yang pasti bila balik rumah timbang badan, terus insaf. haha

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Aha! Welcome to Kelate la Nanie. Akak punya husband orang Kelantan. Tapi kalau balik kampung jarang sangat pegi tempat yang Nanie sebutkan semua tuh. Ada yang tak pernah jejak pun. HAHAH! Alasan, Husband malas nak berpusu2 menyesakkan jalan. Tapi, kkuih muih tuh ade juga jual dekat dalam Pasar area rumah in-laws ni. So, memang selalu pegi situ ajer la. Sedap2 belaka kuih muih die kan? Nasi kapit or Nasi impit die paling we all suka :)

    ReplyDelete
  2. peh. teh ais tu mengingatkan kepada satu tempat yg gua p. tapi lupa

    ReplyDelete
  3. Nanieeeee....aritu raya haji akak kelik kapung. Frust nyer..kedai teh tarik pak mat pulau pisang ni tutup lama sebab owner die sakit. Nampak gayanya kena la pegi lagi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kakakkk.. nanti balik lagi ye. insyaallah mesti ada rezeki nanti tu.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails