SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label faedah bercuti bersama keluarga. Show all posts
Showing posts with label faedah bercuti bersama keluarga. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

#TRAVEL VIETNAM - 13 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE HO CHI MINH (PERCUTIAN KELUARGA)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Selamat Datang ke 2017..
Alhamdulillah.. 

Baru je nanie pulang dari Vietnam last two week (24 Dec hingga 27 Dec) So, sementara ingatan pasal Vietnam ni masih segar di kepala, nanie ada beberapa tips dan juga nasihat untuk orang yang nak travel ke Vietnam ni. Hihi


TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE VIETNAM
1. Flight ticket dan Passport
Pergi ke Vietnam tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Untuk elakkan tertinggal atau terlupa bawa bila sampai di airport, apa kata korang letak siap2 passport dalam travel bag. Bila sampai masa travel, pack your bag, bring your passport and go!!!

TIPS : Pastikan
  • Passport tamat tempoh sebelum 6 bulan dari expired date
  • print resit pembayaran flight, sebab ada nombor booking.
  • print out tiket pergi dan balik untuk kegunaan check in di kaunter nanti.
  • Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap. 
Nanie pergi ke Vietnam naik MAS - Malaysia Airline sebab ada luggage 30kg per person.
2.Transport ke Hotel / Pasar Ben Thant

INFO
Bila tiba di  airport :

Ada 2 pilihan untuk pergi ke pasar Ben Thanh:
Taxi: Vina Sun Taxi , tolong ambil Taxi Vina Sun only. Sebab ini best Taxi Di Vietnam.
Bas:  Naik bas Airport ke City Center.  Bas ini sangat cantik dan besih macam Bas di KL atau Singapore. 20.000 Dong seorang termasuk luggage (RM 4) untuk pergi Ben Thanh market , driver dan Pembantu Bas boleh cakap speaking English.







3. Imigresen Vietnam Strict / Muka Ketat
Apabila korang masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, korang akan bertemu dengan pegawai yang macam nak makan orang. 

TIPS : 
Pergi - Pastikan korang tahu nama hotel dan alamat hotel. Sebab mana tahu korang kena tanya dengan pegawai. Takdelah korang terpinga-pinga kat imegresen nanti. 
Balik - Bila nak balik, korang akan di minta buka kasut. Jadi jangan terkejut pula, memang pelik tapi benar. 
4. Hotel

Kalau korang nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di area dekat dengan makanan halal. Sebab senang kalau nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Restoran Al-Amin, Restoran Usman, Restoran Aysah.

Tips : Sila booking bilik hotel di Malaysian Street. Contoh, Blessing 1 Hotel , Hotel Saigon Pink 2, sila print siap-siap nama hotel dan berikan pada semua family jika ada kecemasan, hanya boleh tunjuk je kertas tu.

5. Perlu ke tour guide?

Tour guide perlu  jika korang pergi ramai / dalam family. Macam nanie, segalanya diuruskan oleh tour guide dari A TO Z, takde keluar satu sen pun pun memandangkan mak nanie berkerusi roda. Sememangnya nanie puji tour guide ini, susah nak dapat yg boleh jaga kebajikan orang berusia dan makan minum memang terjaga. 

6. Restoran Halal.


Sebenarnya, kat Vietnam ni, banyak jer halal food. So, korang takyah susah hati yer. Kalau kedai ada sign halal tu korang masuklah. Tapi korang kena bersiap sedia dengan HARGA makanan di sini. MAHAL sangat. Bayangkan roti canai dan teh tarik bersamaan harga RM22. Mahal ke tak?

Jadi kalau rasa macam tak larat nak makan mahal macam tu, better bawa lah makanan maggi ke, sup Kimball ke, roti ke, minuman 3 in 1 ke, jimatlah duit korang.

Macam nanie, fully sponsored termasuk dalam harga pakej. Sampai tak sempat lapar, asyik makan dan minum je sepanjang masa. hahaha


kalau datang Vietnam, sila cuba Pho Ayam atau Pho Daging. Yang penting HALAL ^_^

7.  Kopi Vietnam

Jangan lah lupa nak mencuba Kopi Vietnam , Ya Allah macam ketagih dibuatnya pagi petang siang malam asyik beli je. Harga pun tak mahal, RM3 je secawan. Pekat, manis, sedap dan berbaloi2. 


Kalau datang Vietnam, sila cuba Vietnam Coffee. Cuba cari penjual ini sebab dia murah dengan senyuman dan pemurah. Setiap hari nanie beli, sampai 5 cawan dia kasi FREE. Semoga murah rezeki


8. Universal Adapter

Yang ni korang kena bawak kalau korang pegi bercuti oversea. Power voltage di Vietnam lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai eletrik atau Mr DIY. Siapa yang jenis selalu pergi oversea biasanya dah beli universal adapter. 

TIPS : Setiap sorang bawak satu adapter. Nak lagi best, bawalah extension plug sebab boleh kongsi nanti sebab smart phone sekarang kan  selalu habis bateri. hehe





9. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa Panadol Actifast, pelekat Salonpas untuk sakit pinggang dan sakit kaki, ubat cirit birit, tiger balm, ubat klinik (demam, selesema, batuk). Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

Lagi-lagi pergi dengan family, mesti ada anak atau adik yang sakit perut, salah makan ke, cirit birit, jadi better kita sediakan awal2 dari Malaysia.


10. Tukar Duit ke Vietnam Dong / USD / RM
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Vietnam Dong / USD di Malaysia. Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. 

Kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi



11. Shopping 

Tolong tolong Tolong tawar dengan penjual. Kalau rasa tak reti tawar, korang pergilah ke Malaysian Street. FYI, kadang-kadang  area Ben Thant tu harga T-shirt atau fridge magnet sampai 2 kali ganda mahalnya. 
Contoh paling mudah : Tshirt kat Night Market jual RM8, tapi dalam Ben Thant dia cekik harga dalam RM10-RM15 sehelai. Rajinkan diri survey dulu sebelum membeli ye.

TIPS 
1) Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
2) Nanti nanie share satu kedai kain, yang nanie rasa selesa dan mudah untuk shopping berbanding dalam pasar Ben Thant yang serabut.



12. Kasut yang selesa
High Heel, maafkan.. lupakanlahhhhh.. kalau korang tak nak merana separuh jalan tapi kalau dare to die pakai ajer lah. InsyaAllah, confirm di pertengahan jalan korang akan beli / tukar kasut lepas tu. 

Nanie pakai sport shoes / sneakers jer senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama ketika ''shopping'' kihkih

13. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Vietnam.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Vietnam, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

Maybank - Credit Card Centre
For enquiries, call 1-300-88 6688 
Credit Card Centre at 03-7953 8610 (Platinum/Premier) 
Credit Card Centre at 03-7953 8600 (General/Gold & Classic).

CIMB - Credit Card Centre
For enquiries, call 1 300 885 300 (Local)Credit Card Centre at +603 2295 6888 (Overseas)

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk pengaktifan. 

 ********************************************

Bercuti dengan keluarga dapat berkongsi kegembiraan dan cipta momemnt indah bersama. Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong.  Insyaallah Allah permudahkan.



***************************
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Wednesday, February 10, 2016

CUTI-CUTI BERSAMA KELUARGA BANYAK FAEDAHNYA..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Korang rindu nanie tak? tak ye? oK Fine. *sendiri soal, sendiri tanya* hahaha

Actually, nanie tengah busy dengan kerja dan survey untuk percutian next year. Tapi disebabkan rindu nak berceloteh dalam entry, nanie just update entry ringkas, dan bagii nanie, mungkin boleh bagi serba sedikit maklumat kepada korang..

Kalu korang pembaca tegar nanie, this year, nanie dan keluarga ada buat family vacation. So Insyaallah, next year pun kami akan bercuti lagi. Date dan tempat dah confirm, yeayyyy!!






So bagi nanie, dengan bercuti bersama-sama, kita akan dapat 

  • Menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. 
  • Melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
  • Mengeratkan lagi perhubungan dengan mengisi masa yang berkualiti dengan keluarga.
Bagi yang terlepas baca entry family nanie, jemput la singgah baca. ada TIPS TABUNG KELUARGA :)



semua entry percutian di Cameron Highlands, just tekan link INI


semua entry percutian ke Felda Residence Hot Spring Perak tekan link SINI



Trip adik beradik ke Krabi semua dalam LINK INI



Cerita tentang Langkawi semua ada DISINI


Nanie sayang keluarga nanie.

Jom bercuti bersama keluarga :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, December 18, 2015

CUTI SEKOLAH..

Assalamualaikum. Selamat sejahtera.

 Musim cuti sekolah sudah bermula. Jadi ada ke plan mahu bercuti di mana? Jauh dari kesibukan kota? Macam nanie, memang nak berjalan je kerjanya tak kisah dalam negara atau luar negara tetapi kadang2 takut jugak over budget. Hehehe

FYI, kalau korang follow blog nanie, nanie baru balik outstation dari Sabah on last 2 weeks. Ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Tapi belum sempat relax dan siapkan apa yang berlambak keje di office, tup tup terus terbang lagi. Kali ni

Alhamdulillah rezeki Allah ^_^

Sedikit teaser
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1st time naik #malaysiaairlines yang sediakan TV.
Jakun kejap. Hahaha

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails